“Sekarang saya jadi tahu pak kenapa kita selalu kalah dengan Malaysia…” – Penyokong Bola Indonesia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Sekarang saya jadi tahu pak kenapa kita selalu kalah dengan Malaysia…” – Penyokong Bola Indonesia

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Pada Sabtu lalu berlangsungnya perlawanan bola sepak Sukan SEA 2017 antara Malaysia dan Indonesia. Perlawanan yang berpihak kepada pasukan Malaysia 1-0 hasil jaringan N. Thanabalan, telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia.

Walaupun kemenangan berpihak kepada pasukan Malaysia, namun kami tetap kagum dengan semangat juang dan corak permainan yang diberikan oleh pasukan Indonesia. Tahniah kepada mereka juga!

Apa yang dapat dilihat sepanjang acara tersebut adalah sikap sporting kedua-dua penyokong negara. Pelbagai telatah dapat diperhatikan oleh semua penyokong-penyokong terutama sekali di laman sosial. Ada yang gembira dan ada juga yang berang. Macam-macamlah jenis perkongsian.

Tetapi apa yang menarik minat kami kali ini ialah sebuah perkongsian oleh Andri Suwarno yang telah menceritakan pengalamannya ketika menyamar sebagai penyokong Malaysia dengan melilit bendera Jalur Gemilang di lehernya.

Sumber: Facebook

Menurut perkongsian penyokong dari Indonesia itu, dia melakukan penyamaran tersebut untuk merasai sendiri bagaimana suasana menyokong di kawasan pihak lawan. Bagus juga teknik yang dilakukan Andri ini! Barulah boleh tahu kelainannya kan?

Sepanjang acara itu, dia telah memerhatikan dan mengambil gambar gelagat penyokong Malaysia sambil mengutarakan komennya pada setiap gambar di laman Facebook. Rata-rata perkongsiannya itu telah menggambarkan sikap penyokong Malaysia dari sudut yang positif. Terharunya! 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Penyokong Malaysia sangat intelek, berpendidikan dan maju dalam bidang ekonomi.”

Ramai yang beranggapan apabila negara berjiran berlawan, ianya akan mencetuskan pergaduhan. Namun apa diperhatikan oleh Andri adalah sebaliknya. Malah dia sempat memberikan komennya bahawa Malaysia dan Indonesia saling berkaitan dan saling memerlukan. Maka perbalahan adalah tidak wajar jika pasukan pilihan kalah. Bagus pemikiran sebegini!

“Indonesia dan Malaysia adalah negara serumpun, negara yang berbilang bangsa, padat dan membangun dan mempunyai saudara yang seagama. 99% masyarakat Malaysia adalah Indonesia dan lebih kurang 3 juta warga Indonesia bekerja mencari nafkah di Malaysia,” kata Andri lagi.

Betul tu Andri. Buat apa mahu bergaduh kan? Kita semua kan umpama keluarga dan saling memerlukan. Mentaliti seperti Andri inilah yang kita perlukan di kalangan rakyat Malaysia dan Indonesia. Barulah hubungan antara negara jiran bertambah erat. Ini tidak, asal kalah je nak gaduh!

Baca: Dua Lelaki Punjabi Bermain Dhol di Perlawanan Bola Sepak Sukan SEA Dapat Sambutan Orang Ramai

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nabilla Raihan

Seorang yang ambivert dan kreatif dari segi penulisan dan lukisan. "On time" dan "goal driven" adalah moto yang sering diketengahkan gadis ini.