in

“Sejujurnya saya masih terasa hati” – Aliff Syukri Maafkan Adik Wani Comel

Ft Aliff Syukri Maafkan Adik Wani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah menjadi kontroversi dengan adik arwah Wani Comel, usahawan Aliff Syukri bagaimanapun telah memaafkan arwah.


Malah, Aliff Syurki juga menjelaskan bahawa dia bersyukur kerana dapat membantu adik Wani Comel untuk kembali berjalan selepas 10 tahun tidak merasai nikmat itu.

 

Sejujurnya saya masih terasa hati dengan Wani kerana isu lalu…hari ini apabila dengar berita dia meninggal dunia kerana Covid-19, saya pun terkejut.

Aliff Syukri Maafkan Adik Wani

“Sebenarnya saya dah lama tak ikuti perkembangannya selepas dia membuat tuduhan terhadap saya sebelum ini sehinggalah dimaklumkan mengenai pemergiannya pagi ini (Khamis) sudah takdir terulis dia pergi dulu, saya reda.”

“Namun saya berpuas hati kerana dapat membantu adik Wani untuk merasa sedikit nikmat berjalan atas keizinan Allah walaupun hanya sementara,” lapor mStar Online.

Berkenaan isu antara mereka berdua yang mesih berjalan, dia masih belum mengetahui tindakan yang bakal diambil selepas pemergian mengejut ini.

“Ya saman kepada kepada Wani dan bekas pekerja saya masih dalam proses tapi dia dah meninggal dunia, jadi tengoklah dahulu macam mana.”

Aliff Syuri akui dirinya masih terasa hati, namun begitu selepas adik Wani dah tiada, Aliff Syukri telah memaafkannya.

Aliff Syukri Maafkan Adik Wani 2

“Kalau ikutkan saya memang saya masih terasa hati tetapi sebagai umat islam dan manusia yang berhati perut saya memilih untuk memaafkan.”

Katanya lagi, Aliff Syukri masih kasihan dengan ibu adik Wani yang berada dalam kesusahan dan berdepan dengan beberapa masalah kasihatan.

“Nak bagi duit atau apa-apa pampasan mungkin tidak lagi! Cukuplah saya sudah memaafkan apa yang telah berlaku sebelum ini.”

 

Baca : Adik Wani Comel Meninggal Dunia Jam 9 Malam Tadi Akibat Covid-19

Ft Wani Comel Meninggal Dunia 2

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.