in

Sejarah Hitam: Tragedi Batang Kali Ragut Nyawa Kedua Paling Ramai Selepas Highland Towers

tanah runtuh batang kali highland towers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sambutan Hari Krimas dan Tahun Baru 2023 yang akan datang ini ternyata sangat memilukan bagi mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali.

Insiden yang berlaku pada 16 Disember lalu ini membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat dan 31 lagi terkorban apabila berlakunya runtuhan tanah hingga menimbus tempat perkhemahan tersebut.


kl79 16122022 tanah runtuh 2824280 20221217091643

Kejadian kedua ragut nyawa paling ramai selepas Highland Towers 

Menurut Berita Harian, tragedi tanah runtuh di Batang Kali ini adalah kejadian kedua terbesar membabitkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1993 yang mengorbankan 48 nyawa.

Komander Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Mohd Khairul Jamil berkata pihaknya agak terkejut apabila menerima panggilan kecemasan yang memberitahu jumlah mangsa yang terlibat dalam runtuhan itu mencecah 100 orang.

81671150668 TBruntuh

Kebiasaannya sebelum ini kejadian runtuhan hanya melibatkan seramai tiga atau empat orang mangsa, bila diberitahu 100 orang mangsa terlibat dalam kejadian pada hari itu ia amat mengejutkan saya.

“Kemudian saya mengarahkan satu pasukan 10 anggota yang diketuai oleh Ketua Sektor Heavy USAR SMART, Mohamad Hafiezul Abdul Halim ke lokasi kejadian.

“Kejadian di Batang Kali ini merupakan kejadian kedua terbesar melibatkan mangsa yang terkorban selepas Highland Towers,” katanya.

Beliau juga menambah, peranan pasukannya di lokasi kejadian adalah untuk memberi bantuan dari segi kepakaran dan khidmat nasihat agar kerja-kerja mencari dan menyelamat dapat dijalankan dengan baik.

Antara alat yang dibawa masuk pasukannya pada hari pertama kejadian adalah “structuralmovementsensor” yang mengawasi pergerakan tanah yang boleh membahayakan pasukan penyelamat.

“Antara lain pasukan kami juga yang memberi nasihat agar jentera berat digunakan dalam kerja mencari susulan ketebalan tanah yang dianggarkan sehingga 20 meter,” katanya.

Imbas kembali tragedi Highland Towers

Mungkin ramai yang sudah lupa, namun mengenang kembali sejarah hitam yang berlaku 29 tahun lepas, tragedi Highland Towers merupakan satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk berlaku selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Satu daripada tiga blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor ini runtuh akibat tembok penahan di belakang tempat letak kereta menara gagal bertahan selepas 10 hari hujan berturut-turut yang membawa kepada tanah runtuh.

highland tower 1012

Hanya tiga orang mangsa berjaya ditarik keluar hidup-hidup daripada runtuhan ini dalam tempoh 24 jam.

Mereka merupakan seorang pembantu rumah yang tinggal di tingkat 7, bayi berusia 18 bulan dan seorang wanita rakyat Jepun yang kemudian meninggal dunia tidak lama selepas itu di hospital.

Didoakan juga semoga keluarga mangsa yang terlibat dalam bencana ini tabah menghadapi dugaan. Takziah dan Al Fatihah… 

Baca: Ramai Luah Perasaan Sedih Lihat Beg Spiderman Milik Mangsa Terakhir Tanah Runtuh Batang Kali

f1 lvlbk

Sumber: Astro AWANI
Sumber: MalayMail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.