“Sedar je dah bogel dalam bilik air”

Zaman sekarang ni, teknologi dah canggih kadang-kadang memang banyak bagi kesenangan kat kita. Tapi jangan tak tahu, teknologi ni jugak boleh memudaratkan.

Macam kes yang terjadi kat seorang lelaki ni dan kejadian ni diceritakan oleh rakannya, Amirul kat Twitter sebagai pengajaran kat orang lain. Bukan kes scam biasa tau, ni kes scam yang sampai buat malu!

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Mengikut cerita Amirul, rakan dia ni dah dipukau oleh seorang ‘gadis’ kat Instagram sehingga dia merakam video tak senonoh dirinya! Kesiannya…

Sumber: Twitter

Lepas dapat je nombor telefon laki tu, perempuan tu terus call dia ajak sembang. Lelaki ni tanpa syak wasangka angkatlah call tu, tapi dia terus tak sedar apa-apa lepas tu…

Sumber: Twitter

Yang memeranjatkan, wanita tu sebenarnya adalah lelaki! Ni antara bukti mesej yang rakan Amirul ni diugut supaya bayar duit bagi mengelakkan daripada video bogelnya tu tersebar. Seramnya!

Sumber: Twitter

Amirul menceritakan yang rakannya ni dah buat laporan polis tapi dorang pun tak boleh nak buat apa-apa lagi dan rakannya tadi ni diminta ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyelesaikan masalah ni. Berat ni weh…

Rakan Amirul ni berkeras tak layan ugutan scammer tu dan takkan bayar wang ugutan sebanyak RM1,000 walaupun diugut banyak kali.

Kalau korang nak tahu, nilah laman instagram scammer tu!

Sumber: Twitter

Walaupun Amirul beria-ia menceritakan kejadian ni supaya jadi iktibar orang lain, tapi ramai je yang komen cakap rakan dia tu sebenarnya tak dipukau pun, tapi sebab nak tutup malu je! Erkk??

Sumber: Twitter

Betul ke tak betul ke, korang kat luar sana tolonglah berhati-hati…

Baca: Hati-hati! Ibu Dengan Anak Ni Rajin Scam Orang

Ditulis oleh Irsarani Abdullah

Tak banyak dapat diketahui tentang penulis ini melainkan dia meminati EXO.