in

“Sedap pula tu bacaan dia” – Wanita Melayu Jadi Pembaca Berita Mandarin Buat Netizen Kagum

berita6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita lihat pembaca berita dari bangsa lain akan menjadi penyampai untuk berita bahasa melayu, lain pula di RTM ni, jangan kata netizen min juga kagum apabila terlihat satu rakaman video daripada pengguna Twitter @fuzirbarry ini.

Wanita berbangsa Melayu menjadi penyampai berita untuk bahasa Mandarin ini telah menarik perhatian warganet sehingga video yang dirakam ini meraih hampir 5,000 jumlah retweets sepanjang ia dimuat naik sejak 2 hari lepas.


 

Kudos!

 

Menurut sumber, nama pemberita ini adalah Rasyidah Abu Johan. Selain pembaca berita, dia juga merupakan seorang wartawan penyiaran di unit berita am Mandarin.

Menurut Harian Metro, dia merupakan satu-satunya penyampai berita berbangsa Melayu dan tampil dengan imej berhijab di saluran berkenaaan.

Kefasihannya itu kerana dia mendapat pendidikan di sekolah CIna sejak dari darjah satu hingga tingkatan enam.

Dikatakan dia pernah viral sebelum ini dan kembali tular sejak dikongsikan di Twitter. Ramai netizen begitu kagum dengannya kerana menjadi seorang role model dan simbolik kepada perpaduan di Malaysia.

 

Sedap pula bacaannya tu – Netizen

Walaupun rata-rata netizen yang melihatnya berbangsa melayu dan tak faham apa yang cuba disampaikan. Mereka tengok sampai habis sebab tertarik.

berita

berita2 1 berita3

 

Baca : “Ilmu bagus ni” – Netizen Tersengih Tengok Ibu-Ibu Belajar Bahasa Mandarin

ibu

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.