Pelakon utama drama Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling menjadi calon tunggal dari Malaysia tercalon dalam senarai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler.
Pelakon dan model berusia 22 tahun itu berkata, dia terkejut dengan pengiktirafan ini dan ia merupakan satu penghargaan buat dirinya kerana tercalon sebaris dengan jelitawan dari luar negara.
“Saya sangat bersyukur dicalonkan dalam kategori ini. Memang terkejut dan tak sangka diiktiraf 100 yang memiliki wajah jelita bukan di Malaysia saja, tapi dunia. Terima kasih sangat-sangat,” ujar Anna kepada sumber.
https://www.instagram.com/p/CfoNGG4PnME/?hl=en
https://www.instagram.com/p/Ce8wHLWPces/?hl=en
Apabila ditanya mengenai berita ini, Anna berkata kecantikan dalaman seseorang adalah yang paling penting buat dirinya.
“Mungkin orang akan cakap cantik itu dari luaran tapi ia sangat subjektif. Walaupun klise tapi bagi saya kecantikan itu datang dari dalaman seseorang.
“Kalau ada sikap terpuji, karakter baik, secara automatik akan menjadikan seseorang cantik di luaran serta dalaman. Tak kisah paras rupa macamana, tapi kalau sayang diri, yakin, secara langsung akan cantik dari segala segi,” jelas finalis Dewi Remaja itu.
Selain daripada Anna Jobling, turut tersenarai ialah Jisoo BLACKPINK, Ylona Garcia (Filipina), Camilla Belle (Amerika Syarikat), Momona Ramada (Jepun) dan ramai lagi.
Sebelum ini, Tabby dari Dolla pernah tersenarai dalam kategori ini pada tahun lalu dan menjadi wakil tunggal dari Malaysia.
Untuk rekod, senarai tahunan 100 Wajah Tercantik itu telah dimulakan oleh TC Candler sejak tahun 1990 bersama The Independent Critics. Penganjurannya dianggap berprestij dan diperakui di seluruh dunia.
Kredit: Harian Metro
BACA: Rupanya Ada Kisah Mengejutkan Disebalik Kematian Instafamous Indonesia, Laura Anna!