in

Sebar Maklumat Palsu Tentang Kes Zara Qairina, KPM Sudah Buat 10 Laporan Polis

kpm laporan polis zara qairina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebar video dan penulisan mengaitkan kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13 yang boleh menimbulkan kemarahan awam terhadap guru dan pelajar, Kementerian Pendidikan (KPM) difahamkan sudah membuat lebih 10 laporan polis berkaitan isu itu.

Laporan polis itu juga dibuat KPM di Putrajaya selepas dinasihat Bahagian Undang-undangnya, selain laporan sama dibuat di Sabah oleh guru sekolah itu dan ibu bapa kepada pelajar yang nama, gambar serta identiti mereka disebarkan kononnya terbabit dalam kes berkenaan.


Menurut Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek, laporan polis itu dibuat sejajar dengan keutamaan kementerian yang fokus menjaga keselamatan pelajar dan warga sekolah kerana penyebaran berita palsu itu bukan saja jejaskan emosi mereka yang terbabit, malah ancam keselamatan mereka.

0c056746 fadhlina sidek bernama 230223 1

“Siasatan kes Zara Qairina ini dibuat polis dan kita serahkan kepada pihak berkuasa mengendalikannya. Malangnya pada masa sama, ramai yang muncul menyebarkan berita palsu berhubung kematian Zara dengan pelbagai tuduhan dan fakta tidak benar.

“Bagi menjaga kesejahteraan dan melindungi pelajar serta guru, BUU KPM mengumpul semua berita palsu ini dan membuat laporan polis mengenainya untuk tindakan lanjut termasuk video seorang wanita membuat ulasan kononnya kecederaan dalaman dialami Zara akibat dimasukkan dalam mesin basuh.

“Selain itu, ibu bapa kepada pelajar yang namanya dikaitkan dalam kes ini juga turut membuat laporan polis demi keselamatan anak mereka.

“Bayangkan bagaimana jika kesan hasil sebaran berita palsu ini menyebabkan pelajar atau guru diugut dan dipukul, atau siasatan kelak menunjukkan mereka tidak bersalah, tetapi mereka sudah ‘dihukum’ dengan pelbagai tuduhan palsu,” katanya.

Artikel berkaitan: “Fitnah ini berat” – YB Fadhlina Sidek Nafi Tak Buat Apa-apa Isu Kes Adik Zara Qairina

Artikel berkaitan: Kes Zara Qairina: Ahli Parlimen Sangkal Dakwaan Kaitkan Isteri Dengan Kes Kematian Pelajar

Tambah Fadlina lagi, susulan laporan polis yang dibuat KPM, ada pihak yang aktif menyebarkan berita palsu ini sudah menarik balik hantaran yang dimuat naik di media sosial dan berhenti berbuat demikian.

3226062

Menurutnya lagi, semua pihak juga perlu memahami kejadian yang berlaku ini bukan saja beri tekanan kepada keluarga mangsa tetapi turut jejaskan kesihatan mental pelajar serta guru sekolah itu yang terpaksa berdepan dengan pelbagai andaian dan tohmahan.

“Orang nampak seperti KPM diam, tetapi sebenarnya kita sentiasa melindungi dan memastikan kesejahteraan pelajar serta warga sekolah terpelihara.

“Kita bantu siasatan terutama dalam proses soal siasat membabitkan 60 saksi daripada sekolah itu yang perlu dibuat mengikut panduan undang-undang dan menepati Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.