Ramai yang berpeluang untuk menimba ilmu di sekolah bagi mencapai cita-cita masa hadapan dengan pendidikan yang cukup sempurna tanpa sebarang kekurangan.
Tetapi tidak semua orang mendapat peluang untuk belajar seperti ini atas sebab tertentu, nak pula golongan yang tidak berpeluang itu datang dari seorang pelajar cemerlang.
Pengasas spa kecantikan, Dr Hannan Yusof baru-baru ini berkongsi satu kisah yang menyentuh hatinya, seorang pelajar berhasrat untuk berhenti sekolah demi menjaga ibunya yang terlantar sakit di rumah.
Artikel berkaitan: Cikgu Pelik Murid Darjah 6 Selalu Ponteng Sekolah, Rupanya Jaga Emak Kena Strok
Artikel berkaitan: Kisah Pengorbanan Pelajar Raih 11A SPM Sambil Jaga Ibu Hidap Sakit Saraf, Buat Ramai Sebak
Menerusi perkongsian Dr Hannan di TikTok, beliau melawat beberapa rumah pelajar di sekitar Kota Bharu.
@drhannan “ Bella mungkin kene berhenti sekolah , sebab nak kene jaga mak sakit…. “ Hancur hati saya dengar seorang budak sekolah yang sanggup tinggalkan segalanya utk jaga mak dia. Pagi tadi saya pergi melawat beberapa rumah pelajar di sekitar Kota Bharu. Rumah Bella salah satu. Bella tinggal bersama dengan ibunya yang sakit lumpuh. X boleh bangun. Kene orang jaga. Mereka tinggal berdua kat rumah yang uzur ni. Bella masih lagi seorang pelajar sekolah. Ayah Bella dah meninggal 11 tahun yang lalu. Ibu Bella dah 3 kali kene stroke. Mereka tinggal berdua , dan Bella la yang uruskan mak dia seorang diri. Setiap pagi sebelum ke sekolah , Bella siapkan ibu dia , sediakan makanan . Lepas tu dia ke sekolah. Balik sekolah terus bekejar balik rumah sebab nak bagi mak dia makan. Ya Allah , hebat sungguh kuasaMu. Pagi ni saya hari diri ni kecik sangat. Apa yang Allah uji Bella ni , 1 juta kali lagi berat drpd beban saya. Harini Allah tunjuk kat saya depan mata😭 Saya pesan kat Bella , apa pon jadi , Bella jangan berhenti sekolah ok. Saya dan cikgu2 akan bantu Bella. Make sure Bella habiskan SPM dulu. Bella ni merupakan seorang pelajar cemerlang kat SMK Long Ghafar 2. Harini saya ambik Bella sebagai anak angkat Hannan Medispa . Saya akan bagi biasiswa kat Bella. Duit belanja setiap bulan. Rumah Bella pon saya akan baiki. Dah cari tukang utk bersihkan rumah tu. Saya akan cat balik rumah Bella. Beli semua perabot baru utk rumah Bella. Saya buat semua ni dan Bella janji akan belajar rajin2 Terima kasih pihak SMK Long Ghafar 2 sebab buka mata saya harini . Terima kasih Puan Pengetua dan para guru. Saya syukur sangat harini diberi peluang dapat lihat sendiri keadaan para pelajar. Baru sedar banyak amat nikmat Allah yang saya lupa 😢😢😢
Salah sebuah rumah yang dikunjunginya, adalah rumah pelajar cemerlang bernama Bella. Difahamkan, pelajar terbabit tinggal bersama dengan ibunya yang sakit strok.
Menurut Dr Hannan, rutin harian setiap pagi pelajar itu akan menyiapkan ibunya dan menyediakan makanan sebelum pergi ke sekolah.
Bella juga tidak menikmati zaman sekolah seperti rakan seusianya kerana dia perlu menumpukan perhatian kepada ibunya.
“Bella masih lagi seorang pelajar sekolah. Ayah Bella dah meninggal 11 tahun yang lalu. Ibu Bella dah 3 kali kena strok. Mereka tinggal berdua, dan Bella la yang uruskan mak dia seorang diri.
“Setiap pagi sebelum ke sekolah, Bella siapkan ibu dia, sediakan makanan. Lepas tu, dia ke sekolah. Balik sekolah terus bekejar balik rumah sebab nak bagi mak dia makan,” katanya.
Sebak melihat pengorbanan dan ketabahan Bella, Dr Hannan berhasrat untuk mengambil pelajar itu sebagai anak angkat untuk dia teruskan pembelajaran di sekolah.
“Hari ini saya ambil Bella sebagai anak angkat Hannan Medispa. Saya akan bagi biasiswa kat Bella. Duit belanja setiap bulan. Saya buat semua ni dan Bella janji akan belajar rajin-rajin,” tulisnya.
Teringat kata pepatah, berat ujian kita, berat lagi ujian orang lain. Semoga adik ini memperoleh kejayaan cemerlang pada masa depan.
Sumber: TikTok