Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus.
Sudah pastinya, perkara sihir ini salah di sisi agama. Malah, dalam sesetengah kes ada juga yang menggunakan sihir serta ilmu hitam ini sehingga mangsa meninggal dunia.
Terbaru, seorang wanita berkongsi ada individu yang menyimpan dendam dengannya lalu bertindak menghantar sihir kepadanya namun sihir itu tidak mengena terus kepada wanita tersebut sebaliknya terkena kepada kucing peliharaannya.
Artikel berkaitan: “Keluar katak dari perut” – Wanita Dedah Perkahwinan 2 Tahun Penuh Sengsara Gara-Gara Sihir
Artikel berkaitan: Ibu Mentua Sihir Menantu Sampai ‘Lumur Darah Haid’ Sebab Tak Restu Perkahwinan?
@
Perkongsian TikTok @meelchaaa itu mendapat perhatian netizen, difahamkan ada individu yang tidak puas hati dengannya dan cuba untuk menghantar sihir kepadanya tetapi kucing kesayangannya yang diberi nama Todd yang menjadi mangsa.
Lebih menyedihkan, si comel itu kelihatan lemah dan dia mengeluarkan muntah darah selepas terkena sihir itu.
“Atas amanat perawat saya untuk kongsikan pada semua orang agar dapat dijadikan iktibar. Binatang pun boleh kene sihir , apatah lagi manusia kene sihir. Semuanya atas izin Allah.
Allahuakhbar, luluh hati saya sebagai seorang ibu kepada kucing-kucing saya, lagi lagi Todd bila dia meronta meraung macam tu.
Maafkan mommy Todd, sebab kan dendam orang dekat mommy, Todd yang jadi mangsa,” tulisnya di kapsyen.
Wanita itu turut memberi pesanan kepada sesiapa yang melakukan perbuatan keji itu untuk bertaubat serta kembali ke jalan yang benar.
Dalam posting tersebut, dia turut berkata bahawa dia telah memaafkan perbuatan itu dan reda atas kejadian tersebut.
Allahu, semoga Todd kembali sihat…
Sumber: TikTok