in

“Sebab tulah jual murah je!” – Ramai Tak ‘Aware’ Tapi Ini 5 Bahaya Penggunaan Pod Palsu

Ft Relxfinal 2

Penggunaan vape dan rokok elektronik bukanlah sesuatu yang jarang kita lihat zaman sekarang. Dekat mana-mana pun kita akan ternampak orang hisap pod, betul tak? Walaupun ada kajian yang mengklasifikasikan vape kurang bahaya daripada hisap rokok, namun sebenarnya ia masih mempunyai beberapa risiko apatah lagi pod palsu kini dijual secara meluas di Malaysia.

Apa yang membuat pod palsu lebih menarik perhatian ramai adalah kerana ia dijual pada harga yang lebih murah dan lebih mudah untuk didapati tetapi juga mempunyai risiko yang besar terhadap kesihatan. Teruskan baca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut tentang bahaya produk vape palsu:

Mengenal pasti perbezaan pod palsu dengan pod asli

Sebelum kita baca apa bahaya penggunaan pod palsu, first of all nak cerita macam mana kita nak tahu dan bezakan antara dua pod tu?

  • Pod palsu – Selalunya dijual dalam packaging yang sama macam pod original daripada mana-mana jenama. Ia juga mungkin mempunyai beberapa perisa yang tidak dimiliki oleh jenama original tersebut dan itu adalah salah satu hint yang besar menunjukkan bahawa ia adalah pod palsu. Korang kena tahu yang pod palsu adalah illegal.
  • Pod asli – Dihasilkan oleh syarikat kecil dan tidak dipercayai tapi mendakwa produk mereka setanding jenama besar. Namun, harus diingatkan bahawa menghisap vape tidak kira yang palsu atau original ianya tetap mendatangkan bahawa kerana mengandungi bahan cecair berbahaya yang belum diluluskan atau diteliti secara menyeluruh.

 

1. Pod palsu dibuat dalam keadaan persekitaran tidak bersih dan bahaya

Memang pod palsu dijual dengan harga yang lebih murah tapi pernah tertanya tak kenapa? Pod palsu dihasilkan di kilang yang mempunyai persekitaran serta keadaan yang tidak bersih dan tidak melalui ujian mahu pun kawalan kualiti yang betul. Memandangkan tak diuji DAN tak dikawal, pod palsu ini mempunyai risiko kesihatan dan keselamatan yang serius kepada pengguna.

Walaupun pod palsu murah dan mudah didapati, penting untuk korang ambil kira faktor ini sebelum membeli atau mengisi semula vape.

 

2. Mungkin mengandungi bahan berbahaya yang tidak diluluskan atau belum diuji dengan sah

Pod yang original memang dijual pada yang lebih mahal daripada yang palsu sebab ia melalui proses kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan tiada bahan berbahaya dan tiada pencemaran.

Lagipun, selalunya tahap nikotin yang ada dalam pod palsu bukanlah seperti yang diiklankan dan sebab itulah dorang boleh letak harga yang lebih murah daripada pod original. Ia juga mungkin mengandungi toluene dalam kadar yang tinggi.

Toluene: bahan berbahaya yang terdapat dalam cat dan pengilat kuku.

 

3. Pod ‘loose’ kadang kala diperbuat daripada pod terpakai yang telah dikosongkan & diisi semula

Vape4
gambar hiasan: pod terpakai yang telah dikosongkan & diisi semula dengan jus vape palsu

Sejak kebelakangan ini, makin ketara peningkatan loose pod dijual di pasaran. Ia berlaku apabila pod terpakai diisi semula dengan cecair vape, dibungkus semula dan dijual secara berasingan sebagai ‘pod baru’. Bukan setakat tidak bersih sebab ia pernah digunakan oleh orang lain tapi juga ia mungkin mengandungi bahan berbahaya.

Berada di pasaran pada harga yang jauh lebih murah kerana dijual secara berasingan, namun menggunakan pod yang pernah dipakai oleh orang lain sangatlah kotor. Ibarat korang makan sisa makanan orang yang tidak dikenali! Jijik.

 

4.Vape pod palsu berkemungkinan terdedah kepada kebocoran & terlalu panas

Vape5
gambar hiasan: vape pod yang berkemungkinan bocor berterusan selalunya adalah palsu

Walaupun kebocoran memang biasa berlaku pada vape pod, namun ia tidak sepatutnya bocor secara berterusan selepas penggunaan kerap. Kebocoran kadang kala berlaku apabila terlalu banyak tekanan udara ketika dihisap namun jika berlaku kebocoran secara berterusan, bermaksud ia adalah pod palsu.

Disebabkan tidak melalui proses pemeriksaan kualiti, pod palsu cenderung kepada berlakunya overheating dan boleh merosakkan peranti itu sepenuhnya!

 

5. Pod palsu tidak mempunyai waranti atau kod pengesahan

Peranti vape yang asli atau vape pod didatangi dengan buku panduan waranti serta kod QR bagi menjamin keasliannya. Ini adalah untuk meyakinkan pelanggan bahawa mereka menggunakan produk original yang telah diluluskan oleh proses pemeriksaan kualiti yang ketat.

Bagaimanapun, pod palsu pula tidak mempunyai waranti atau jaminan keaslian. Meskipun sesetengah pod palsu mempunyai kod QR pada bungkusan, ia adalah kod palsu yang akan lead to laman web olok-olok yang direka untuk menunjukkan bahawa produk tersebut ‘asli’. Vape pod asli akan sentiasa lead to laman web rasmi jadi penting untuk korang periksa URL laman web tersebut.

 

Walaupun ada banyak alternatif untuk menghisap rokok zaman moden sekarang ni, masih penting untuk pengguna membuat pilihan yang tepat. Lagi baik kalau tak merokok langsung!

Tak rugi kalau ambil tahu tentang sisi hitam industri vaping ni. Mempunyai kesedaran tentang risiko ini semua memang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa!

Sumber: Reddit