in

“Sebab saya tak sokong Mukhriz bertanding Naib Presiden”- Najib Akhirnya Buka Mulut Kenapa Tun M Membencinya

Feat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai sedar dengan konflik politik yang berlaku dalam negara, dakwaan ada pihak A cuba menjatuhkan pihak B, ada yang mengatakan pihak C sengaja ‘serang’ pihak D dan banyak lagi dakwaan-dakwaan lain.

Namun persoalannya siapa di pihak yang benar? siapa sebenarnya yang serang siapa? dan apa sebenarnya yang berlaku?


Terbaru Datuk Seri Najib ada membuka mulut, mendedahkan kenapa Perdana Menteri ke-7 Tun Dr Mahathir Mohamad membencinya dan pastinya perkara ini juga menjadi persoalan ramai pihak.

Malah Datuk Seri Najib berkata Tun M cukup membencinya sehingga sanggup menuduhnya sebagai pembunuh dan penyangak, lapor Malaysia Gazette.

 

#1 Enggan sokong Mukhriz bertanding Naib Presiden UMNO

Beliau berkata, kisah ini bermula bila Datuk Seri Najib enggan menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan UMNO akhir tahun 2013.

Artikel1453425358

Alasan beliau pada ketika itu adalah kerana Datuk Seri Mukhriz baharu sahaja dilantik sebagai Menteri Besar Kedah dan berpendapat yang anak kepada Tun M ini perlu mendapat sebanyak mungkin pengalaman terlebih dahulu.

Katanya beliau sendiri ambil masa 5 tahun sebelum memasuki kerajaan persekutuan, berbeza dengan Mukhriz yang tidak pernah mempunyai pengalaman pentadbiran dan hanya dilantik sebagai timbalan menteri sahaja.

“Selama ini saya bertahan. Saya cuba untuk tutup mulut kerana saya masih menghormati dia (Mahathir). Budaya kita ajar kita untuk menghormati orang tua.

“Lebih-lebih lagi, saya tidak boleh menafikan bahawa dia pernah berjasa kepada saya kerana dia pernah menyokong saya menjadi perdana menteri,”

 

#2 Tak mahu Malaysia Airlines DISWASTAKAN

Isu lain yang membuatkan diri beliau dibenci Perdana Menteri ke-4 itu ialah melibatkan isu Malaysia Airlines (MAS) bila mana Tun M mahu MAS diswastakan dan dijual kepada seorang ahli perniagaan yang rapat kepadanya.

Image Scaled

 

#3 Gagal hidupkan projek Jambatan Bengkok

Bukan itu sahaja, kegagalan Datuk Seri Najib menghidupkan projek jambatan bengkok juga menjadi antara asbab beliau dibenci oleh Tun Mahathir, katanya.

Mengulas lebih lanjut, Datuk Seri Najib berkata dia telah cuba untuk menghidupkan kembali projek tersebut tetapi ditolak oleh kerajaan negeri Johor dan Singapura.

71429001362 Freesize

Jika negara Singapura tak mahu, apa yang kita boleh buat? Takkan kita nak berperang dengan mereka atau bergaduh dengan negara jiran selama berpuluh tahun kerana satu jambatan bengkok?

“Kita perlukan persetujuan dari mereka jika mahu bina jambatan baru.”

 

#4 Mansuhkan ISA dan ganti dengan Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) 

Malah katanya Tun Mahathir juga tidak setuju dengan tindakan Datuk Seri Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menggantikannya dengan Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala Undang-Undang Buang Negara digantikan dengan POTA dan POCA.

 

#5 Tolak permohonan kereta nasional dapatkan geran percuma kerajaan bernilai RM3 bilion

Bukan itu sahaja, beliau berkata Tun Mahathir juga marah kepadanya kerana menolak permohonan kereta nasional untuk mendapatkan geran percuma bernilai RM3 bilion daripada kerajaan.

Tun Mahathir Alami Proton 630X454 1

 

“Pada masa itu, ianya sukar untuk kerajaan BN dulu memberi geran percuma begitu besar kepada sebuah syarikat yang sudahpun 100 peratus milik swasta.

“Lagipun, pendapat kita ialah jikapun kita memberi geran begitu besar ianya masih sukar untuk Proton untuk menjadi kompetitif tanpa rakan niaga dan tekonologi baru kerana pasaran tempatan terlalu kecil.

“Setelah geran ini ditolak sekali lagi, PM ke-4 pun umum tarik sokongan kepada saya pada bulan Ogos 2014,”

Bagaimanapun katanya kerajaan Barisan Nasional ketika itu tetap meluluskan geran bernilai RM1.7 bilion kepada Proton.

 

#6 Tindakan naikkan kadar gaji minimum dapat tentangan

Selain itu tindakannya menaikkan kadar gaji minimum juga mendapat tentangan kerana Tun Mahathir berpendapat ia akan meningkatkan kos kepada kilang dan pelabur.

20151023Bentang.transformed

“Selepas dia tarik sokongan terhadap saya pada bulan Ogos 2014, dia mula mengambil langkah untuk menjatuhkan saya sebagai PM kerana dia mahu seorang PM yang akan patuh 100 peratus kepada kehendak dia dan kawan-kawan dia.

“Lalu pada awal tahun 2015, PM ke-4 pun bertemu dengan Clare Brown di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menggunakan isu 1MDB untuk menyerang saya.

“Dengan pertolongan dari ketua-ketua institusi negara yang dilantik semasa dia PM ke-4, dia akhirnya berjaya menjatuhkan saya sebagai PM. (Lalu, ketua-ketua institusi ini dilantik ke jawatan-jawatan lumayan di bawah kerajaan PH).”

Datuk Seri Najib berkata segala yang diceritakan di atas merupakan kisah benar dan selebihnya adalah sejarah.

Korang jangan ingat admin memihak mana-mana individu pulak!

 

Baca : Kenapa tak lantik Anwar terus- Lelaki Ini Kongsi Teori Macam Mana Tun M Buka Jalan Kepada Tan Sri Muhyiddin Jadi PM ke-8

1 4

Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: Astro Awani
Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.