in

“Sebab saya besar, awak perangkap saya” – Ammar Alfian Jawab Tuduhan P*kul Kekasih

ammar alfian pukul kekasih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Ammar Alfian bersuara selepas sekali lagi terpalit dengan tuduhan melakukan keganasan fizikal terhadap seorang wanita.

Ammar atau nama lengkapnya, Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 38, menafikan tuduhan tersebut dan menganggap laporan polis dilakukan kekasihnya itu adalah tindakan tergesa-gesa.


Pelakon Paskal itu turut meluahkan kekecewaan apabila kekasihnya itu mengheret individu yang dipercayai pengurusnya bernama Zane dalam hal mereka.

Artikel berkaitan: “Bukan aku!” – Tular Kes Pelakon Lelaki ‘Sado’ Pukul GF, Ammar Alfian Nafi Itu Dirinya

Artikel berkaitan: “Past is past” – Ammar Alfian & Syamsul Yusof Dah Berbaik, Lupakan Sengketa 13 Tahun Lalu

“Sebab saya berbadan besar dan muka garang, awak guna karakter saya untuk perangkap saya.

“Tahun lepas awak buat benda yang sama (laporan polis) tetapi saya tak buat apa-apa pun dan biarkan sahaja sebab nampak betapa tidak matang serta terburu-burunya awak.

“Tetapi tahun ini, awak serang saya lagi dengan cerita sama dan kali ini melibatkan seorang yang tak bersalah iaitu Zane Gan (didakwa pihak ketiga) yang langsung tiada kena-mengena dalam hal ini,” katanya.

54 1

Jelas Ammar, dia kini mengambil serius perkara terbabit dan akan bertindak mengikut saluran undang-undang untuk membersihkan namanya.

“Saya ambil isu ini dengan serius dan secara sah. Saya akan buat ikut undang-undang. Masing-masing ada pendapat, tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

“Jangan percaya bulat-bulat dan dengar dari sebelah pihak sahaja. Terima kasih,” ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan menerima laporan pelakon lelaki bertubuh sasa didakwa membelasah seorang wanita sehingga cedera di sebuah kondominium di Damansara. Difahamkan, laporan polis berkenaan dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI), pada Ahad.

Wanita terbabit juga memuat naik pendedahan menjadi mangsa pukul di Instagramnya selain mendakwa pernah dicekik aktor itu sewaktu menjadi kekasihnya.

Sumber: HibGlam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.