Penyanyi As’ad Motawh menyifatkan bahawa segala apa yang dilakukan ketika zaman persekolahannya adalah satu perkara yang membuang masa jika dibandingkan dengan kerjaya yang dia lakukan sekarang.
Tambahnya, apa yang dia lakukan sekarang tidak semuanya bersangkut paut dengan apa yang dipelajari ketika di sekolah. Jelasnya lagi, sistem persekolahan zaman sekarang ini sepatutnya perlu diubah.
Artikel Berkaitan : “Acu pistol pun saya tetap menyanyi!” – As’ad Motawh Tak Peduli Netizen Kutuk Suara Tak Sedap
Artikel Berkaitan : “Suara persis itik serati tercekik biji nangka..Nak buat konsert jelajah?” – Video As’ad Motawh Nyanyi Di’Troll’ Netizen
“Kita hidup dalam dunia moden di mana semuanya akan berubah, tapi sistem persekolahan ini sama sahaja dan bila semak balik, Rockefeller dia cakap yang sekolah ini ditubuhkan kerana dia mahu bina generasi pekerja.”
Namun begitu, As’ad menyatakan bahawa ianya bergantung kepada matlamat seseorang, tetapi secara peribadinya As’ad menyatakan bahawa dia bukanlah seseorang yang minat dengan persekolahan. Bagaimanapun, As’ad Motawh menegaskan bahawa anak-anak muda tidak perlu berhenti sekolah.
@youusaff Korang sekolah sampai umur berapa?
“Bila As’ad nak berhenti sekolah tu, As’ad homeschool sebab As’ad dah ada sesuatu dalam diri, As’ad dah ada 300,000 pengikut di Instagram, saya tahu macam mana nak monetise iaitu menyanyi.”
“Pilihlah nak sambung belajar sepenuh masa atau buat separuh masa, homeschool sambil meningkatkan kerjaya. Jadi, saya dah ada pilihan, tapi bergantung kepada anda semualah.”
Hurm, apa pandangan korang?
Sumber : TikTok