in

Scammer Gigih Bina Balai Polis Palsu, 8 Bulan Kutip Duit Perlindungan 500 Meter Dari Balai Sebenar

polis palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berani dan gigih!

Itulah ayat yang sesuai bagi menggambarkan tindakan sekumpulan scammer di India yang sanggup ‘membina’ sebuah balai polis untuk mengutip duit perlindungan. Tidak cukup dengan itu, jenayah mereka hanya terbongkar lapan bulan kemudian walaupun kedudukan balai palsu itu hanya 500 meter dari balai polis sebenar.


0 94 e1661578279942

DailyMail melaporkan, sekumpulan scammer yang dianggotai enam orang itu menjadikan sebuah hotel sebagai ‘balai’ mereka. Bagi meyakinkan penduduk tempatan, mereka turut berpakaian uniform polis sambil membawa senjata api palsu.

Dengan bayaran antara RM5.30 hingga RM54, kumpulan itu memberitahu penduduk sekitar bahawa mereka boleh menangani isu seperti memfailkan laporan, membantu memhon perumahan sosial dan mampu membantu penduduk yang mahu bekerja dalam bidang kepolisian.

Bagi menjayakan lagi operasi mereka, kumpulan yang berpangkalan di bandar Banka itu turut mengajikan beberapa individu dari kawasan luar bandar sebanyak RM26 sehari itu menyamar sebagai pegawai polis lain.

Sepandai-pandai tupai melompat….

Selama lapan bulan, jenayah kumpulan ini berjaya dilaksanakan tanpa sebarang masalah walaupun berjarak kurang satu kilometer dari balai polis sebenar.

Walau bagaimanapun, kegiatan mereka berjaya dikesan selepas seorang pegawai polis sebenar terlihat dua anggota kumpulan ini berpakaian seragam polis tetapi membawa senjata bukan keluaran standard pihak berkuasa India.

Balai palsu3 750x469 1 e1661577975183

Serbuan polis berjaya memberkas tiga individu di hotel yang dijadikan balai polis palsu berkenaan. Dua pegawai polis palsu juga sudah ditahan tetapi seorang anggota kumpulan itu yang disyaki adalah dalangnya kini diburu.

Jelas pihak berkuasa tempatan, kes penipuan membabitkan orang awam menyamar sebagai pihak polis adalah satu kebiasaan di negara itu. Pun begitu, ini adalah kali pertama mereka mendengar kumpulan scammer yang sanggup ‘membina’ balai polis palsu.

Sumber: DailyMail

Baca: Terseksa Muntah Paku, Scammer Mohon Maaf Kepada Pembeli Lepas Disantau

ft scammer disantau e1661576835615

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.