Semalam kecoh apabila seorang menteri kabinet didakwa ‘muncul’ dalam tiga klip seks yang tular menerusi aplikasi whatsapp.
Klip seks ‘Menteri’ dengan lelaki tersebar?
Memetik Malaysiakini klip video tersebut memaparkan dua lelaki berada dikatil dalam keadaan bertelanjang dan melakukan beberapa aksi seksual, telah dikongsikan dalam kumpulan whatsapp yang dinamakan “Jemputan Hari Raya @&%$# “.
Yang mengejutkan apabila salah seorang individu dalam video tersebut kelihatan seperti ‘menteri kabinet’ negara.
Lelaki mengaku ‘aksi atas katil’ dengan ‘menteri’?
Tidak berapa lama selepas itu, seorang lelaki mengaku bahawa dia merupakan individu dalam klip video tersebut, malah lelaki yang dikenali sebagai Haziq Abdullah Abdul Aziz turut membuat pengakuan bersumpah akan penglibatan dia dalam video viral tersebut.
Dia yang juga Setiausaha Sulit Kanan, Shamsul Iskandar Md Akin itu mendakwa yang klip video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di bilik hotel ‘menteri kabinet’ tersebut di Sandakan..tapi betul ke, hurmm
“Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama ……. dalam video yang telah viral semalam.
“Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa Pilihan Raya Kecil Sandakan di bilik …….. di Hotel Four Points.
“Saya menggesa SPRM untuk menyiasat ….. atas tuduhan korupsi.
“Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin”
Nyata video Haziq Aziz mengejutkan ramai pihak selain muncul pelbagai spekulasi berhubung video tersebut.
Bagaimanapun admin minta maaf kerana tak dapat kongsikan nama ‘menteri’ tersebut kerana perkara ini masih belum pasti dan mungkin masih dalam siasatan.
*Pihak kami bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kesahihan klip tersebut
Baca : Bekas Menteri Terlibat Skandal Cabul Remaja 15 Tahun Dalam Kereta?