in

“Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat” – Timbalan Menteri Minta Maaf Lepas Tuduh Veveonah ‘Menipu’

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam agak kecoh di media sosial bila netizen dikejutkan dengan dakwaan dari Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang mengatakan YouTuber Veveonah terpaksa panjat pokok untuk mendapatkan internet bagi menduduki peperiksaan adalah tidak benar.

Bercakap dalam Dewan Negara, Datuk Zahidi mengatakan yang pihaknya dah pun menjalankan siasatan dan mendapati ketika video tersebut dirakamkan, tak ada peperiksaan pun yang sedang berlangsung.


846015

Sejak itu, pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Sabah telah bersama-sama menyokong Veveonah menepis dakwaan timbalan menteri tersebut serta turut menunjukkan bukti bahawa ketika itu memang ada peperiksaan.

Ekoran ini, malam tadi Datuk Zahidi telah keluarkan kenyataan permohonan maaf di Facebook peribadinya kerana membuat kenyataan tidak tepat dan menuduh Veveonah membuat video tersebut sebagai hiburan semata-mata.

Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan. Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.

https://www.facebook.com/DatukZahidiZainul/posts/177056630589202?__xts__[0]=68.ARDobOBPP1IdvF88IiS8vdHOyMkEx-ZuJg4LA50CD0Ph-HWuNYMchXuYCRULKR_ihEWou79bzsaTQGTGM2DQYbBTcI0Pz3zBTIb8OoIwIKrd3vBino3Xo1dvfQ6rGtJN-Hc9kJzUR3dP6dYGmjmd2Z9UQb_gsDHt6ZQN-TFMkOLGN8cJaX7NemH0tgmgfIxYmkuWND1G1r6jqWt4YhWtmGPpbh6HQULN2_QMY_wCklWx75Klz3Z31UwAutH2MzdQsIltWly0KZ8eeDRKqctbVQw26D4rJkYZLEfcy-fRH5pQo4d1Fd4bnCbKya5sSA5PtfKHvFG9C9KukP6Bv6s&__tn__=-R

 

Baca: “Jangan mudah tertipu” – Timbalan Menteri Nafi Youtuber Veveonah Terpaksa Panjat Pokok Untuk Jawab Exam, Rupanya…

Veveonah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.