in

“Saya tak tahu, tak reda” – Ziyad Masih Kelu Berkata-kata, Belum Terima Hakikat ‘Hilang’ Emas

ziyad masih belum terima hakikat hilang emas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedih, kelu dan masih belum reda. Itulah perasaan yang digambarkan jaguh lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang kehilangan pingat emasnya gara-gara isu call room.

Menurut Astro AWANI, Ziyad yang bakal tiba ke tanah air hari ini telah meluahkan kekecewaan yang dialaminya berikutan isu tersebut kepada wartawan menerusi panggilan telefon.


Saya tak berani nak cakap apa-apa. Memang tak tahulah. Saya koyak lagi sebenarnya ni. 

Tak boleh, tak tahu, tak reda dan tak ada kata-kata yang boleh keluar dari mulut. Tak tahu nak cakap,” katanya.

WhatsApp Image 2021 09 01 at 11.27.38

Bila ditanya apakah perasaannya ketika ini apabila mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) memutuskan untuk membatalkan pingat emas yang dimenanginya, Ziyad membalas,

Saya tak tahu nak cakap apa. Sedihlah. Nantilah kita jumpa di Malaysia,” katanya ringkas dalam nada sebak.

Ziyad sepatutnya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Rio lima tahun lalu selepas memecahkan rekod dunia dengan lontaran sejauh 17.94m di Stadium Olimpik Tokyo.

1277356

Bagaimanapun, penyertaannya dibatalkan selepas protes daripada kem Ukraine, yang mendakwa atlet berusia 31 tahun itu lewat melaporkan diri di ‘call room’.

Pingat emas tersebut kemudian dimenangi atlet Ukraine, Maksym Koval.

Semoga Ziyad terus tabah dan kita sama-sama beri support yang terbaik buat dia bila tiba di Malaysia nanti. 

Baca: “Not the real winner” – Pingat Emas Ziyad Ditarik balik, Netizen Malaysia ‘Serang’ Atlet Ukraine

protes rakyat malaysia ziyad gold

Sumber: Kosmo
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.