Sebentar tadi, Datin Seri Rosmah Mansor telah didapati bersalah atas semua pertuduhan rasuah sebanyak RM1.25 bilion melibatkan projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak.
Isteri kepada bekas perdana menteri ini telah didakwa meminta RM187.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya, Rizal Mansor sebagai dorongan untuk membantu syarikat tersebut mendapatkan projek solar.
Selepas didapati bersalah, Rosmah telah memberi kenyataan di hadapan hakim meminta agar hukuman ke atasnya diringankan serta turut menitiskan air mata.
Apa yang ingin saya katakan di sini, saya nak tinggalkan mahkamah ini dengan memori. Saya pernah menjadi wanita pertama, saya beri sumbangan untuk Permata.
“Saya bukan memuji diri sendiri, saya memang betul-betul ambil berat dengan permata, dengan masalah sosial.
“Saya tak pernah sentuh satu sen pun duit untuk Permata. Kalau saya nak ambil rasuah, saya dah buat dari tempat lain. Saya tak pernah tahu tentang Jepak Holdings. Hanya Rizal Mansur.
“Tapi jika keputusannya seperti ini (bersalah), saya serah kepada Allah.
“Ia mungkin berlaku kepada saya sekarang. Ia boleh berlaku kepada anda di masa hadapan. Kepada anak cucu anda. Saya adalah mangsa. Saya tak pernah pengaruh suami saya.”
“Anda dah buat perkara ini kepada suami saya dan anda mahu kami menderita.
“Lihat saya sebagai wanita, beri belas kasihan.”
Selepas kenyataan ini dibacakan, peguam Rosmah meminta hakim memberikan hukuman satu hari penjara namun ditentang oleh pendakwa raya yang meminta hukuman maksimum penjara 20 tahun diberikan.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Firdaus Azil, Hadi Azmi
Baca: [TERKINI] Rosmah Mansor Didapati Bersalah Atas 3 Pertuduhan Kes Rasuah Bernilai RM1.25 Bilion