in

“Saya tak pernah cakap dengan Anwar” – Zahid Nafi Rakaman Tular Berkonspirasi Dengan Ketua Pembangkang

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video berdurasi 4 minit 17 saat menunjukkan perbualan yang didakwa di antara Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tular di media sosial.

Suara yang dikatakan mirip Anwar dalam audio tersebut telah memuji ucapan Zahid dalam Perhimpunan Agung Umno menerusi panggilan telefon, lapor Sinar Harian.


Anwar Ibrahim2 01042021

Saya sudah 22 tahun baru saya ‘follow’ Perhimpunan Agung UMNO, I tengok ucapan ‘you’ bagus, ‘you’ ada ‘mention’ MT (Majlis Tertinggi), kemudian ‘end off point’ kita nak ‘finish the game’, tapi kalau ‘you’ dah fikir untuk mandat tu oklah cuma ada kerja sikit dengan MT lah.”

Juga turut kedengaran suara mirip Zahid sambil tertawa mengatakan yang ucapan yang dibuatnya (Umno tidak akan menerima Anwar) itu hanya bersifat taktikal bagi mendapatkan mandat yang kukuh.

You tahu siapa cikgu saya kan. Cikgu saya yang mengajar ucapan ini orang saya sedang bercakap inilah.”

Selain itu, antara perkara yang turut dibualkan adalah perihal Pengerusi Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim ditolak oleh perwakilan ketika berucap dalam perhimpunan tersebut.

1104454

Bagaimanapun laporan FMT mengatakan, dalam satu kenyataan Zahid telah menafikan perbualan telefon itu pernah berlaku.

Kata Presiden Umno ini, dia tak berkomunikasi dengan Anwar selepas perhimpunan Umno serta turut mengatakan rakaman palsu tersebut adalah cara orang untuk menjatuhkan partinya.

Saya sebagai presiden Umno, saya tak kan pernah melanggar atau mengkhianati keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi.

Walaupun kecewa dengan rakaman palsu ini, Zahid turut meramalkan yang akan ada lagi perkara-perkara seperti ini akan dibuat di masa hadapan untuk memusnahkan Umno.

Manakala, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi telah mengatakan rakaman tersebut merupakan “konspirasi peringkat tertinggi” dan keputusan untuk menularkannya bermotifkan politik.

Kluster lompat parti dan rakaman temubual telefon seperti ini wujud kerana kerajaan sekarang tiada majoriti jelas.”

 

Baca: “Ramai MP Umno dan BN nyatakan sokongan” – Zahid Tak Halang Ahli Parlimen Umno Sokong Anwar

Screenshot 2021 04 07 At 4.26.25 Pm

Sumber: Malay Mail
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.