in

“Saya tak peduli mereka gam saya”- Pernah Ditawar RM500, Abon Kecewa Stesen TV ‘Pilih Bulu’

abon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerjaya seorang artis sememangnya bergantung kepada sokongan masyarakat dan juga tawaran daripada pihak berkaitan seperti stesen TV untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Pihak stesen TV seakan nafi kemenangan Abon


Seperti bekas juara Maharaja Lawak Mega 2011, Abon baru-baru ini dia telah meluahkan rasa kecewa terhadap sesebuah stesen TV yang seakan menafikan kemenangannya bersama Allahyarham Os sebelum ini.

“Saya bukannya iri hati dengan pelawak lain sebab saya percaya itu adalah rezeki mereka.”

osbon

Katanya juara dapat buat program sendiri tapi semuanya janji bulan bintang

Dia juga terkilan dan tidak mampu berkata-kata apabila pihak stesen TV yang dianggap ‘pilih bulu’ dan menjanjikan bulan bintang terhadapnya mengenai pembikinan program sendiri.

Pada awalnya, kebanyakan juara Maharaja Lawak Mega telah ditawarkan untuk membuat program sendiri dibawah kendalian stesen TV tersebut tetapi apabila tiba gilirannya menjadi juara, dia langsung tidak mendapat apa-apa kenyataan mengenai inisiatif tersebut.

“Lepas menang hilang begitu saja. Itulah sebabnya saya dah tak kisah kalau mereka nak buat apa saja terhadap saya.”

“Orang dah tak nak kita. Bila saya bersuara barulah mereka nak panggil. Tapi dah tak seronoklah.”

Abon masih ada ramai peminat

Walaubagaimanapun, Abon tetap tampil untuk menonjolkan dirinya di kaca televisyen seperti program Hari Raya yang diterbitkan oleh RTM, Astro dan Awesome TV pada bulan yang lalu.

Disebalik penampilannya di kaca TV, Abon juga berniat untuk melihat ‘feedback’ daripada masyarakat dan ingin tahu sekiranya dia masih ada peminat yang menyokong perjuangannya sebagai seorang pelawak veteran.

“Alhamdulillah, ternyata sangat mengalakkan.”

Terpaksa bawa teksi untuk tampung yuran pelajaran anak

Kekurangan tawaran daripada pihak stesen TV terpaksa mendorong Abon dan Allahyarham Os untuk mencari jalan lain bagi menampung kehidupan mereka.

Seperti mana yang dikatakan Abon, rakan seperjuangannya, Os telah mengambil keputusan bawa teksi sebagai sumber rezeki utama kerana anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir pada ketika itu.

“Dia tak boleh tunggu tawaran dari stesen TV semata-mata kerana anaknya perlukan wang untuk yuran.”

Kisah Allahyarham Mr Os Yang Ramai Orang Tak Tahu

Pernah ditawar bayaran RM500

Menurutnya yang sudah aktif sejak tahun 1979, Abon pernah ditawarkan bayaran RM500 sahaja dan membuat keputusan untuk menolak kerana merasakan ia tidak wajar.

“Orang itu cakap dalam nada yang tak bersalah. Katanya orang lain okey saja ambil jumlah ini.”

Dia juga meluahkan rasa kesal terhadap produser tersebut kerana seakan merendahkan dirinya dengan menawarkan harga sebegitu.

“Saya jawab saya tak hebat tapi saya ada nama.”

Apa-apapun yang berlaku, min doakan yang terbaik untuk pelawak veteran kita dan sentiasa kuat dalam menghadapi cabaran dalam liku-liku seorang pelawak dalam memberikan hiburan kepada masyarakat.

Baca: Hampir 1,000 Veteran ATM Berkumpul di Tugu Negara, Dakwa Kebajikan ‘Tak Dijaga’ Kerajaan

Screenshot 2022 08 01 at 12.48.06 PM

 

 

 

 

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.