Sukan Komanwel 2022 yang berlangsung di Birmingham baru-baru ini menyaksikan ramai di kalangan atlet Malaysia menyumbang pelbagai pingat dan sekaligus telah melebihi sasaran emas yang ditetapkan dengan berjaya merangkul 7 pingat emas setakat ini.
Walau bagaimanapun, ada kekesalan yang timbul di kalangan peminat sukan negara apabila atlet terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dikatakan telah menghampakan negara kerana gagal buat kali ketiga berturut-turut dalam meraih sebarang pingat pada Sukan Komanwel kali ini.
Menurut Harian Metro, dalam saingan di Pusat Akuatik Sandwell semalam, Pandelela yang bergandingan dengan Jellson Jabillin menduduki tempat keempat dalam acara 10m platform seirama campuran.
Malah sebelum ini juga, Pandelela tidak mendapat sebarang pingat dalam acara 10m platform wanita dengan menduduki tempat ke-11 dan ketika bergandingan dengan Dhabitah Sabri dalam acara 10m platform seirama.
“Saya sentiasa berikan yang terbaik dalam persediaan tapi tubuh saya…”
Merasa sedih dengan apa yang berlaku, Pandelela menerusi posting di Twitter malam tadi telah meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat membawa pulang sebarang pingat dalam Sukan Komanwel kali ini.
Menurut Pandelela, dia sentiasa berikan yang terbaik semasa persediaan untuk ke Birmingham kerana mengetahui sukan ini amat penting buat negara.
Namun proses pemulihan tubuhnya selepas acara di Budapest lepas agak perlahan menyebabkan dia mengalami kesukaran ketika di sana.
Coming to Birmingham, I always give my best in my preparation, for I know how important this event is for the country. But, my body recovery process was slower than expected since returning from Budapest World Championships, and it continues to bother me even after I'm arrived.
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) August 8, 2022
Saya akui saya mengalami kepayahan dalam acara perseorangan pada hari pertama. Ia disebabkan secara fizikalnya, saya masih belum 100% fit. Saya tak dapat adaptasi secepat mungkin dengan zon masa lokal di sana,” jelasnya.
I recovered better and we did some great dives in our synchro event with @Dhabitah_Sabri and with Jellson Jabillin in mixed synchro, but others did better, and luck is not on our side. Happy with our partnership, especially with Jellson, who has to compete while having an injury.
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) August 8, 2022
“Saya bangga dengan pasukan penerjun negara”
Walau bagaimanapun, Pandelela meluahkan rasa bangganya dengan kejayaan yang dicapai pasukan penerjun negara yang banyak merangkul pingat.
Dia juga berterima kasih kepada ahli pasukan dan jurulatihnya sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan.
Thank you for always supporting me all the way. Especially to my coaches and teammates, who always cheer for me. You are my source of motivation to continue diving. I will return your kindness in my next competition. #Malaysiadivingteam
— Pandelela Rinong (@Pandelela_R) August 8, 2022
Dhabitah Sabri menerusi tweetnya juga sempat memberi kata-kata semangat buat Pandelela dan mengakui mungkin nasib belum menyebelahi mereka.
To @Pandelela_R , thank you for being an understanding partner. There are some things that I wish i could’ve done better but luck is not on our side. I will continue to work hard to improve my weaknesses.
— Dhabitah Sabri (@Dhabitah_Sabri) August 8, 2022
Apa-apapun admin yakin ramai di kalangan peminat sukan berbangga dengan kejayaan yang ditonjolkan Pandelela dan berharap yang terbaik buatnya pada acara sukan akan datang.
Don’t worry Pandelela, rakyat Malaysia sentiasa sokong awak!