Hujung tahun lalu, kita dikejutkan dengan pemergian penyanyi nasyid iaitu Suhaimi Saad dari kumpulan In-Team, disebabkan jangkitan kuman pada paru-parunya.
Isterinya, Nordiana Mohd Naim atau lebih dikenali sebagai Ina Naim berkongsi kehidupan tanpa suami di sisi lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini.
Artikel berkaitan: Live Suhaimi Saad Kembali Viral, Kongsi Detik Perkenalan Dengan Ina Naim Hingga Berkahwin
Artikel berkaitan: Kongsi Kebaikan Solat Jemaah, Ini Antara Video Terakhir Suhaimi Saad Sebelum Ditidurkan
Menurut laporan Berita Harian, Ina yang kini menetap dengan ibu bapanya di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, bersama empat anaknya itu kini sedang sibuk dengan pelbagai perniagaan, termasuk dobi serta menjual produk kesihatan dan kecantikan.
Ina turut berkongsi dia mengaku tiada sehari pun yang dia tidak terfikir mengenai arwah namun dia tidak akan meratapi kehilangan suaminya itu.
“Saya pernah bermimpi berjalan dengannya menghadiri program Inteam. Penampilannya sangat segak, arwah nampak muda, dia hanya tersenyum dan wajahnya berseri-seri tanpa menuturkan kata.
Saya rujuk kepada ustaz. Saya diberitahu kalau arwah tunduk, tidak bercakap dan hanya tersenyum, benarlah itu dia. Jadi, untuk apa saya menangis.
Saya tahu arwah gembira di sana. Semoga segala amalan suami selama ini diterima. Saya sangat cemburu dengan arwah suami saya,” katanya.
Sebagai info, Allahyarham Suhaimi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, pada usia 43 tahun, pada 15 November 2023.
Arwah dan Ina bernikah pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 16, Sallman Elkhoyri, 14, Phyrosh Elfadwah, 12, dan Nur Layla Elghufrony, 10.
Sumber: Berita Harian