in

“Saya sayang anak tapi…” – Wanita Viral Pukul & Maki Anak Dalam Bas Rupanya Tertekan Sebab…

collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dulu ada pepatah yang cakap “sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan”, maksudnya dekat sini kalau kita terlalu manjakan anak atau isteri, nanti makin lama boleh jadi degil pulak.

Pun begitu ini bukan bermakna kita boleh pukul atau marah anak sesuka hati kita. Sebabnya, kalau kita berlebih-lebih, mental anak pun boleh koyak tau.


Macam baru-baru ni, tular video menunjukkan seorang wanita telah memarahi, memukul dan memaki anaknya yang menangis di dalam bas ketika dalam perjalanan ke Temerloh.

@amethystnb_

to all marriage couple out there, jangan buat anak if tak ready mental & physical ya. sedih dengar ? anak anak tk berdosa ya

♬ Happier Than Ever – Billie Eilish

Suami masuk penjara & dihalau ibu mertua

Namun begitu, akaun Twitter @malaysiavirall baru-baru ini mendedahkan bahawa wanita berkenaan bertindak sedemikian kerana tertekan dengan situasi yang berlaku ke atas dirinya.

Dikatakan, wanita ini telah dihalau oleh ibu mertuanya kerana tak sukakan anak-anaknya dan suaminya pula telah dimasukkan ke dalam lokap kerana mengambil dadah.

Rupanya dia di halau mak mentua, suami masuk lokap sebab ambil barang (dadah). Anak dua orang dia bawak tu anak dia dgn suami lama… Katanya mak mentua tak suka anak2 dia.”

https://twitter.com/malaysiavirall/status/1531890572159373312?s=21&t=1zX9YfjUmIeWbIyXRSJ3dQ

Dikatakan, individu yang membantunya telah menasihatinya untuk tidak memukul dan memaki anak, wanita tersebut terkejut dan bertanyakan bagaimana boleh tahu tentang insiden pukul anak. Ketika itu, baru dia tahu bahawa videonya itu telah pun tular.

Dalam kereta tu saya nasihat lagi kat dia. Jangan mencarut kat anak-anak. Jangan pukul anak. Dia tanya saya macam mana tahu saya pukul anak?

Saya bagitahu kisah akak pukul anak dalam bas dah viral. Terkejut dia. Dia kata dia malu. Malu lah saya kak. Saya sayang anak saya tapi tekanan kak keadaan macam ni.”

Selepas mendapat beberapa bantuan termasuk dari JKM, wanita tersebut minta dihantar ke terminal untuk pergi ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan.

Individu yang membantu wanita malang ini meminta netizen untuk berhenti mengecam kerana tak tahu apa yang dilalui olehnya.

Alahai kesiannya, harapnya urusan akak tu dan anak-anaknya dipermudahkan…

 

Baca: [VIDEO] Mak Mulut Lancang Maki & Belasah Anak Dalam Bas, Sebelum Kena Tegur Dengan Polis

ft mak maki hamun pukul anak dalam bas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.