in

“Saya sakit badan tapi dia tak tunjuk simptom” – Melania Trump Sahkan Anak Bongsu Positif Covid-19

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita Pertama Amerika Syarikat, Melania Trump mengesahkan yang anak bongsu mereka, Barron Trump telah dijangkiti wabak Covid-19.


Menurut Bernama, ketika Donald dan Melania disahkan positif Covid-19, keputusan ujian anak bongsu mereka ini negatif, tapi bila ujian lanjut dijalankan ternyata Barron juga tak terlepas dari terkena jangkitan wabak ini.

Ketakutan saya jadi kenyataan bila ujian kali ini, Barron didapati positif. Nasib baik dia seorang remaja yang kuat dan tak tunjuk apa-apa simptom.”

Gallery Medium

Pun begitu, Melania turut mengatakan pada masa yang sama dia bersyukur kerana mereka bertiga kena jangkitan ini pada masa yang sama kerana dapat menjaga satu sama lain dan meluangkan lebih masa bersama.

Bercakap mengenai pengalamannya, Melania menggambarkan simptom yang dia dapat adalah “minimum” tapi semuanya berlaku serentak.

Saya alami sakit badan, batuk dan sakit kepala. Kebanyakan masa saya rasa sangat-sangat penat. Saya memilih untuk membuat rawatan semulajadi dengan mengambil vitamin dan makanan yang sihat.”

Tak seperti Donald yang menerima rawatan di hospital selama tiga hari, Melania memberitahu yang dia hanya jalani rawatan di rumah.

Sebelum ini, dia dan suaminya disahkan positif pada 2 Oktober sebelum menjalani kuarantin.

Kira-kira 10 hari selepas itu, Trump umumkan dia bebas daripada Covid-19.

 

Baca: Presiden AS, Donald Trump Anggap Diri Kebal Selepas Disahkan Bebas Covid-19

Screenshot 2020 10 15 At 1.26.23 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.