in

“Saya rasa sihat, tak ada demam” – PM Kongsi Pengalaman Sehari Lepas Terima Vaksin, Tidak Alami Gejala Luar Biasa

Pm Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas disuntik dengan vaksin COVID 19 dos pertama Pfizer-BioNTech pada dua hari lepas, mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yasin sekarang?

Menerusi satu video yang dimuat naik beliau di Facebook, PM memberitahu semalam, dirinya berasa sihat dan tidak mengalami sebarang gejala demam atau kesan sampingan lain yang sering dikaitkan dengan pengambilan vaksin tersebut. Syukur Alhamdulillah! 


https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/3799406970137834

 

Kata Muhyiddin lagi, dia berasa yakin yang vaksin diterimanya itu selamat dan berkesan.

Alhamdulillah, hari ini (semalam) hari kedua selepas semalam (kelmarin) saya dapat suntikan vaksin COVID-19, semuanya berjalan dengan baik.

“Saya yakin ini adalah vaksin selamat, berkesan. Ramai tanya saya hari ini bagaimana keadaan saya? Alhamdulillah saya berasa sihat, tiada rasa demam dan tiada rasa luar biasa.

“Makan dan selera macam biasa. Bagi saya vaksin yang saya terima ini agak baik,” jelasnya.

Muhyiddin Vaksin Suntikan

Sungguhpun sudah mengambil dos pertama vaksin tersebut, Muhyiddin tegaskan yang beliau masih praktikkan SOP yang ditetapkan termasuklah pemakaian pelitup muka, cuci tangan, amalkan penjarakan sosial dan elakkan pergi ke tempat sesak dan ramai orang.

“Kita perlu ramai-ramai mendaftar untuk mendapat suntikan menerusi aplikasi MySejahtera. Saya sudah ada (aplikasi itu) dalam telefon (pintar). Semua data, maklumat yang terima semalam, saya terima dos pertama dan dapat tarikh untuk dos kedua.

“Dia bagi saya janji temu 17 Mac ini, Insya-Allah selepas itu baru dapat sijil selesai menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Saya mengucap syukur terhadap Allah SWT kerana keadaan (kesihatan) masih baik dan sihat. Saya doakan anda semua sentiasa dalam keadaan sihat,” katanya.

154201338 3793577250720806 6397495410966309637 N

Menurutnya, tindakan menyokong usaha kerajaan ini dapat menamatkan penularan wabak COVID 19 di negara kita.

Ada yang masih takut lagi tak? PM kita okay je min tengok. Semoga semuanya baik-baik saja. 

Baca: [TERKINI] Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Individu Pertama Terima Vaksin di Malaysia

Pm

Sumber: Kosmo
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.