in

“Saya rasa sangat malu” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Usahawan Sekeluarga Berpakaian Tidak Sopan Di Bulan Ramadan

ustazah asma harun tegur kak km

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa kecewa dengan penampilan usahawan sensasi, Kak KM dan keluarga yang didakwa tidak menghormati bulan Ramadan.

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau meluahkan rasa malu apabila membaca komen teguran daripada seorang individu bukan Muslim mengenai cara pemakaian usahawan serta anak-anaknya.


484492257 1273081137507612 7466330051595838417 n

Artikel berkaitan: Dapat Keputusan SPM Cemerlang, Kak KM Hadiahkan Anak Lelaki Kereta & Cek RM10K

Artikel berkaitan: “Dulu dia kata haram” – Ustazah Asma’ Harun Dikritik Netizen Sebab Jadi Duta Minyak Wangi?

“Saya rasa malu bila baca komen teguran saudara bukan Islam kepada keluarga ini, kerana terlalu melampau dan hilang rasa malu yang asas sebagai manusia.

“Saya harap dan membayangkan mereka akan berpakaian lebih sopan di bulan Ramadan yang mulia, jika di bulan lain tidak boleh hormat hukum Allah, maka mungkin bulan ini meraka ada ‘rasa’ itu.

“Rupanya tidak. Tanpa segan silu, sama seperti si ibu, anak pula dipuji berpakaian nampak pusat dan sendat.

“Ditunjukkan secara terbuka, seolah bangga, walaupun semua komen adalah negatif, mereka tambah aktif,” katanya.

483588460 1273080794174313 7610736233948680454 n

“Ini bukan aib tersembunyi yang dilarang untuk dibicarakan”

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ menegaskan bahawa teguran yang diberikan bukan bertujuan untuk menghina atau merendahkan sesiapa sebaliknya sebagai usaha untuk mencegah kemungkaran yang dilakukan secara terang-terangan.

Beliau turut menegaskan bahawa golongan yang melakukan maksiat secara terang-terangan perlu ditegur agar tidak terus menjadi ikutan dan membawa kesan buruk kepada masyarakat.

Pada akhir perkongsian, beliau menyeru masyarakat agar sentiasa mendoakan kebaikan untuk semua umat Islam dan tidak berhenti berusaha memperbaiki diri demi mencari keredaan Allah SWT.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.