Semalam kecoh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik umum letak jawatan dari portfolionya.
Ramai melihat keputusan itu sebagai mengejut selain timbul pelbagai spekulasi berkenaan perletakan jawatan beliau dari portfolio yang dianggap sebagai antara yang terpenting dalam kabinet.
Bekas Menteri Belia Dan Sukan merangkap ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga agak terkejut dengan berita perletakan jawatan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan.
Dan sempat meninggalkan komen di instagram Dr Maszlee.
“You had the toughest portfolio in government and it’s impossible to drastic changes in less than two years”

Beliau berkata keputusan Dr Maszlee dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa, selain menganggap lebih ramai menteri lain yang layak berundur berbanding Dr Maszlee.
Saya menganggap ia keputusan yang tergesa-gesa kerana Maszlee memegang portfolio yang paling mencabar dalam kerajaan dan mustahil untuk melihat perubahan drastik dalam masa kurang dua tahun.
“Saya rasa ramai lagi menteri yang layak untuk berundur,”

Khairy berkata, bukan mudah bagi ahli parlimen Simpang Renggam itu untuk melakukan perubahan drastik dalam masa tidak sampai 2 tahun
Malah katanya lagi, Dr Maszlee ini disukai golongan guru-guru kerana beliau banyak memperkenalkan perubahan dalam sistem pendidikan.
“Saya ucapkan selamat maju jaya dan roda kehidupan selalu berputar. Chin up,” katanya mengakhiri komen di insta Dr Maszlee.
Baca : Dengan hati yang redha walaupun berat [TERKINI] Maszlee Malik Sah Letak Jawatan!