Pelakon filem Tentang Bulan, Fatin Afeefa memaklumkan dia mengundurkan diri daripada dunia lakonan dan nyanyian. Menurut Fatin atau nama penuhnnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, dia tekad meninggalkan dunia hiburan itu kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.
Dalam pada itu, katanya, ia adalah permintaan daripada suaminya sendiri, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai. Jelas Fatin Afeefa, dia akur dan terbuka untuk turuti permintaan tersebut dengan hati terbuka.
Artikel berkaitan : “Biarlah anak kecil tu bersesak” – Fatin Afeefa Perli Ibu Bapa Tolak ‘Stroller’ Di Bazar Ramadan
Artikel berkaitan : Kes Hadanah Interim Selesai, Fatin Afeefa Dapat Hak Penjagaan Sementara Anak Perempuan
“Selepas berkahwin saya hormat permintaan suami saya. Dia kata boleh ke tak payah berlakon dan menyanyi? Saya jawab boleh sahaja, kerana saya tidak kisah pun dan sayang dia. Saya tidak akan berlakon lagi, tidak akan menyanyi lagi.”
“Tap saya minta pada dia sedikit kelonggaran untuk buat beberapa kempen. Maklumlah saya sudah terbiasa bekerja. Saya hanya keluar sebulan sekali bekerja dan dia bersetuju. Nak kata ralat tinggalkan lakonan dan nyanyian, tidak langsung.”
Jelasnya kepada mStar lagi, dia kini lebih selesa tinggal di rumah kerana rasa tenang dan hidup dalam keadaan yang orang ramai tak ambil tahu.
Malah, Fatin Afeeda juga turut memjelaskan bahawa dia ingin membaiki diri dengan menjadi manusia yang baik dan menjaga batas pergaulan sebagai seorang Muslim. Katanya, dia tak mahu lagi bergelumang dalam kehidupan bebas dan ingin fokus kepada suami dan anak-anak.
“Dia kata sebab semua itu adalah aurat. Tetapi saya mencuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang Muslim yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat, dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu.”
“Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul campur dan bebas, ada laki orang, bini orang. Saya tidak mahu berada di situasi itu lagi.”
Dalam pada itu, Fatin Afeefa berkata dia ingin menjadi contoh ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bahkan, dia kini sedang cuba istiqamah dalam menutup aurat.
Sumber : mStar Online