Isu pelajar terkandas susulan keputusan saat-saat akhir pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk menangguhkan kemasukan mahasiswa masih menjadi bualan ramai di media sosial. Bantuan yang dihulurkan warga maya juga tidak putus-putus sehingga saat ini.
Tidak terkecuali bermurah hati untuk meringankan beban pelajar, adalah Ustaz Ebit Lew yang semalam dikhabarkan turut menyediakan pengangkutan bas untuk menghantar pelajar-pelajar pulang ke kediaman mereka.
Ustaz Ebit turut berkongsi perkembangan itu di laman Facebooknya.
https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/3603121469718072
Bagaimanapun difahamkan, niat baiknya itu mendapat reaksi kurang senang daripada pihak universiti sehingga Ustaz Ebit mengeluarkan permohonan maaf terhadap pihak terlibat.
Permohonan maaf itu turut dikongsikan di Facebook Ustaz Ebit Lew, beserta kenyataan rasmi daripada Majlis Perwakilan Pelajar universiti terbabit.
https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/3605248459505373
Rupanya Ustaz Ebit diminta mematuhi segala proses penghantaran pulang pelajar dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Kenyataan MPP itu bagaimanapun telah backfire kepada pihak universiti sendiri, selain menerima berbakul kecaman di media sosial.
Satu perkara yang sangat memalukan dan tidak bersyukur dari Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (MPP UPSI)
Sudahlah gagal bertindak segera, malu pula untuk mengaku kegagalan.
Selaku "Majlis Perwakilan Pelajar" sepatutnya anda berada paling hadapan! pic.twitter.com/LJUr7AgXap
— #ANAKMUDA (@anakmudanegara) October 4, 2020
Mengulas mengenai perkara itu, pihak pengurusan universiti tampil menjelaskan bahawa Ustaz Ebit sebenarnya perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak universiti terlebih dahulu dan mengikut prosedur ditetapkan.
Untuk penjelasan lanjut dari pihak universiti terbabit, boleh klik di sini.