in

“Saya mengaku salah & silap saya” – Abang ‘Wiring’ Mohon Jangan Heret Isteri & Anak Kalau Nak Mengecam

ft cctv wiring

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai guru yang ada hubungan sulit dengan seorang lelaki yang diberi nama samaran ‘Abang Wiring’ dilihat menjadi semakin hangat apabila bekas suami kepada guru tersebut sebelum ini ada mendedahkan bahawa lelaki tersebut bukanlah ‘kekasih gelap’ pertama wanita tersebut.

Dia mendakwa, kecurangannya sebelum ini pernah terbongkar dan menjelaskan bahawa tempoh perkahwinannya hanya bertahan selama 6 bulan. Terpanggil dengan segala kecaman, ‘Abang wiring’ atau Hairul Ezuan tampil memberi keterangan menerusi Facebook miliknya hari ini.


Artikel berkaitan : Panas Isu Skandal ‘CCTV & Wiring’, Peguam Tegur Tindakan Isteri Tularkan Mesej Whatsapp

Artikel berkaitan : “Sebelum kenal abang wiring pun dah banyak kali kantoi” – Bekas Suami

Katanya, dia akan huraikan satu per satu setiap cerita yang kini hangat diperkatakan untuk persefahaman semua pihak dan sekaligus untuk membersihkan namanya.

Jelas Hairul yang juga berstatus suami dan bapa ini, dia mengaku silapnya dan terima segala kecaman orang ramai terhadap dirinya. Namun begitu, ‘Abang Wiring’ meminta orang ramai agar tidak melempiaskan kecaman itu kepada isteri dan anaknya.

500411189 3082284141929806 3850245585464027963 n

“Nak teruskan kecam tak ada masalah itu hak awak. Tapi tolong jangan babitkan anak & ahli keluarga saya. Tolong asingkan bab kerja dan hal peribadi.”

“Cuma saya nak cakap dosa dengan Tuhan kita boleh bertaubat, tapi kalau dosa dgn orang selagi orang tak ampunkan, Allah takkan ampunkan. Hati hati dalam komen dan menyebarkan.”

Dalam masa 4 jam hantarannya ini telah meraih lebih daripada 800 jumlah pekrongsian dan rata-rata netizen menunggu penjelasan daripadanya. Apapun, kita tunggu apa cerita sebenarnya.

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.