in

“Saya ingin ucapkan takziah kepada keluarga” – Ebit Lew Imamkan Solat Jenazah Bella

Ebit Lew Solat Jenazah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai tanda ucapan takziah, pendakwah bebas Ebit Lew telah mengimamkan solat jenazah untuk arwah Bella hari ini.

Pendakwah bebas, Ebit Lew hari ini ada mengunjungi Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bagi semangat kepada keluarga Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella.


Artikel berkaitan : “Uncle dah kena tangkap, kenapa mummy tak balik?” – Anak Sulung Dakwa Bella Sering Dimarah & Dipukul

Artikel berkaitan : “Pemb*n*h!!!” – Mahkamah Kecoh Dengan Teriakan Selepas Suspek Kes Bella Dibawa Keluar

“Allah dekat dengan insan yang ditimpa musibah, semoga keluarga Bella tabah dengan ujian dihadapi,” kata pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Dia menzahirkan rasa bersyukur dapat solatkan jenazah Bella sebelum dibawa ke Masjid Datuk Bentara di Batu Pahat dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Bella. Allah akan memberi kebaikan kepada insan sebanyak mana mereka ditimpa musibah.”

“Mudah-mudahan Allah memberi kesabaran, rahmat dan kebaikan mencurah-curah kepada keluarga ini,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini hari ini.

Screenshot 2024 01 24 175013

Bella merupakan seorang ibu tunggal dua anak itu dilaporkan hilang pada 14 Disember tahun lalu selepas ahli keluarganya gagal menghubunginya sebelum membuat dua laporan polis pada 16 dan 18 Disember tahun ketika keluar ke dobi sambil ditemani teman lelakinya itu dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih.

Selepas 38 hari kehilangan Bella, polis Johor akhirnya berjaya mengesan rangka manusia di sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah.

Semalam polis mengesahkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas rangka yang ditemui adalah milik Bella susulan sampel patalogi rangka tersebut sepadan dengan DNA yang diambil daripada kakak serta ibunya.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.