in

“Saya dapat banyak DM nak kahwin dengan Azal” – Zarina Zainuddin

Fi Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu pelakon Zarina Zainuddin menjadi perhatian ramai apabila, dia berkata ingin membayar gaji kepada sesiapa yang sudi jadi menantunya disamping mengurus dan membahagiakan anaknya Azal.


Keinginannya itu disuarakannya apabila anaknya itu dah berniat untuk melangsungkan perkahwinan.

 

Ramai DM 

Terbaru, Zarina memberitahu bahawa dia mendapat banyak direct message (DM) daripada wanita-wanita yang ingin ‘mencuba nasib’ di akaun Instagramnya.

Menurut Harian Metro, dia juga merasakan faktor diberi gaji itu membuatkan ramai tertarik. Bukan saja gadis-gadis muda, Zarina memberitahu ada juga wanita usianya yang mencuba nasib. Lain macamm ehh.

Namun anaknya pula yang memilih siap bagitahu taste dia awal-awal. Aiyoo pening memikir.

Anak 1

“Selepas berita mengenainya keluar di Harian Metro, saya dapat banyak DM nak kahwin dengan Azal. Ada umur 36 tahun dan sebaya saya pun ada. Ini semua mesti sebab gaji tu.

“Tapi macam yang saya cakaplah, Azal memilih sikit. Dia nak yang ‘vogue’ saja. Dia nak lawa, tak pakai tudung, kaki panjang, putih melepak dan hidung mancung,” 

 

Tak layan DM

Menurut pelakon itu juga, dia tidak melayan segala DM tersebut kerana tak mahu dianggap memberi harapan.

Dia juga pasrah sekiranya Azal tidak dapat berkahwin dengan wanita pilihannya itu.

“Saya baca saja. Bukan tidak mahu balas mesej tapi takut nak beri harapan sebab tahu anak saya ini memilih. Apa yang anak saya gambarkan rasanya hanya dogengan dalam khayalannya saja. Saya pasrah.

“Jika ada rezeki mungkin Azal belajar menerima seadanya. Alhamdulillah. Jika tidak biarlah dia tunggu bidadari di syurga nanti,” katanya.

Selain itu dia juga mengulas bahawa tak kisah soal gaji asalkan bersesuaian dengan kehendak anaknya itu.

“Soal gaji saya tak kisah nak bayar asalkan sesuai dengan pilihan Azal,”

 

Baca : “Adakah yang sanggup?” – Zarina Zainuddin Sanggup Bayar Gaji Setiap Bulan Kepada Bakal Isteri Azal

Cats 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.