in

“Saya dah takde harapan utk hidup lagi” – Suami Tipu Isteri Konon Dijangkiti Covid-19, Rupanya Lari Rumah Nak Tinggal Dengan GF

Feat 23

Covid-19 memang menakutkan. Tak ada siapa siapa dalam dunia ni (yang waras) nak diri mereka dijangkiti virus Covid-19. Tapi, lain pula cerita dekat India di mana seorang suami menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk tinggalkan isterinya.

Menurut Khaleej Times, lelaki berusia 28 tahun itu berasal dari Navi, Mumbai dan telah menghilangkan diri pada 24 Julai lepas. Selepas keluar dari rumah, lelaki itu telah hubungi isterinya dan maklumkan yang dia telah dijangkiti Covid-19 dan ‘tak ada harapan’ untuk hidup lagi.

Covid 2

Belum sempat isterinya bertanya lebih lanjut, lelaki itu terus matikan panggilan telefon tersebut. Siapa tak risau kalau orang yang kita sayang tiba-tiba macam itu kan? Apatah lagi dia dijangkiti virus yang membawa mati.

Itulah perasan isteri lelaki terbabit yang terus hubungi abangnya untuk meminta bantuan kerana risaukan suami. Mereka kemudian hubungi pihak polis dan buat laporan tentang orang hilang.

Pihak polis menjadi buntu apabila mereka menemukan motor, helmet, beg dan kunci di sebatang jalan dekat Sektor 17, Vashi namun suaminya tidak berjaya ditemui.

Menurut polis yang mengendalikan kes kehilangan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan pihak polis tetap terus cuba menjejaki lelaki berkenaan. Lokasi telefon bimbit dan rakaman CCTV di kawasan motornya dijumpai telah diperiksa namun polis tetap tidak berjaya menemuinya.

Polis1

Selepas siasatan lebih mendalam dijalankan, polis mendapat maklumat bahawa lelaki itu telah cuba hubungi nombor helpline polis sebanyak dua kali pada malam dia menghilangkan diri. Pihak berkuasa kemudian mengesyaki lelaki tersebut menjadi mangsa samun atau jenayah lain, lapor NDTV

Tapi, semuanya terbongkar apabila polis mendapat maklumat bahawa lelaki berkenaan mempunyai teman wanita dan berjaya menjumpainya. Selama sebulan cuba menjejakinya, polis akhirnya menjumpai lelaki tersebut di rumah teman wanitanya di Indore, kira-kira 582 kilometer dari rumah isterinya.

Dia kemudian dibawa pulang ke Mumbai pada 15 September lepas. Tidak dinyatakan apa yang berlaku antara dia dan isterinya selepas kejadian tersebut namun kisah penipuan lelaki itu menjadi tular di media tempatan.

Baca: Lelaki Sanggup Mengaku Mualaf Untuk Raih Simpati, Rupanya Nak Menipu Duit Orang Untuk Settlekan Hutang Kad Kredit

Dd 10