in

“Saya dah setuju tak failkan nusyuz” – Fattah Amin Dakwa Ada Simpan Aib Fazura?

Ft Fattah Ada Pegang Rahsia Fazura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum lagi sampai sehari mereka disahkan bercerai, bekas pasangan suami isteri iaitu pelakon Fazura dan Fattah Amin dilihat berbalas kenyataan, bahkan pendedahan demi pendedahan dikeluarkan oleh Fazura sementara Fattah pula memberikan kenyataan balas untuk membidas bekas isterinya itu.

Awal pagi tadi, Fattah ada menjelaskan bahawa dia ada tahu satu rahsia mengenai Fazura tetapi dia enggan mendedahkannya kerana berpegang pada janji untuk menjaga aib masing-masing.


Artikel berkaitan : Fazura Didakwa Langgar Perintah Mahkamah? Ini Kenyataan Peguam Fattah Amin

Artikel berkaitan : “Kalau rasa tak cukup jangan cakap saya tak bagi” – Fattah Amin Ada Bukti Bank Tak Culas Beri Nafkah

“Saya sebenarnya ada tahu suatu benda, tetapi kita (Fattah dan Fazura) dah bersetuju untuk tak nak buka aib masing-masing. Saya pun dah bersetuju untuk tidak failkan nusyuz.”

“Janganlah (Fazura) buat benda-benda yang bukan-bukan macam ini (pendedahan), memalukan apa semua. Saya tak nak.”

Fazurafattah 2048X1365 1

Fattah turut menambah bahawa dia enggan untuk terus bergaduh dengan bekas isterinya itu kerana ia hanya akan memberi kesan buruk kepada anak mereka iaitu Nur Fatima Aisya yang berumur 4 tahun.

“Malu lah anak saya nanti, dah besar dia boleh tengok mummy dan daddy dia bergaduh cara macam ini. Saya tak nak, saya kesian ke dia.”

Sebelum ini, Fazura ada mendedahkan punca penceraiannya sejurus sahaja tamat proses itu. Katanya, Fattah berlaku curang terhadapnya selain daripada culas memberi nafkah kepadanya dan anak perempuan tunggal mereka serta tiada lagi persefahaman antara kedua-duanya.

Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular itu akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada pukul 9.45 pagi tadi.

Sumber : Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.