in

“Saya dah lapan tahun” – Nadya Syahera Dedah Ada ‘Penyondol’ Ganggu Rumah Tangga

Ft Nadya Dedah Ada Penyondol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin ramai artis yang terpalit dengan isu ‘penyondol’ rumah tangga ini, kali ini giliran pelakon Nadya Syahera pula mendedahkan kisah rumah tangganya bersama suami, Fizul Nawi yang turut diganggu oleh ‘penyondol’.

‘Penyondol’ tidak akan berjaya..


Walaubagaimanapun, Nadya amat yakin bahawa ‘penyondol’ tersebut tidak akan berjaya menggantikan tempatnya walaupun melihat kesenangan suaminya.

34513D48 677E 4870 8C67 9Dda36978313

“Mungkin wanita ini nampak suami saya berduit dan memilik segala-galanya.”

“Tapi kalau dia ada kat tempat saya, sanggup tak dia bertahan. Saya dah lapan tahun, dia baru nak bersama tiga atau empat bulan, jadi lebih baik tak perlu,” katanya.

Tambah Nadya, dia ingin mengingatkan kepada kaum wanita di luar sana yang masih berstatus bujang agar tidak mengganggu keharmonian pasangan suami isteri.

“Saya lihat sekarang ini ramai wanita yang solo, nak cuba pasangan orang. Cuba fikir, kalau anda buat pada seseorang, esok lusa, mungkin benda itu boleh jadi pada anda juga,” jelasnya.

Dunia ini ibarat roda

Bbaf0Ae192A5Dfdba0Da98A71Cb903Ed

Ini kerana, Nadya percaya bahawa dunia ini ibarat roda kerana jika kita buat sesuatu kepada orang, pada masa akan datang tak mustahil perkara yang sama akan berlaku kepada diri kita.

“Saya dah tahap macam itu sekarang. Kalau anda nak, silakan. Kalau anda boleh bahagia, bahagia itu rezeki anda. Kalau anda tak boleh bahagia dengan cara ini, tak apa Allah beri cara lain,” ujar Nadya.

Sekadar info tambahan, Nadya dan Fizul mendirikan rumah tangga pada September 2015 dan mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

Sumber : Harian Metro, Instagram

Baca : “Harga diri mama mana?” – Anak Buntu Nak Tegur Ibu Berhenti Jadi ‘Penyondol’ Suami Orang

Ibu Sondol Suami Orang 561X312 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.