Tular di laman sosial TikTok, sebuah video yang memaparkan tindakan nekad seorang bapa membakar motosikal anak lelakinya sehingga mengundang perhatian ramai.
Difahamkan, tindakan itu diambil selepas anaknya dikatakan tidak mendengar nasihat dan kerap keluar pada waktu malam.
Dia juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan perangai anaknya yang didakwa menjadi liar selepas memiliki motosikal.
Artikel berkaitan: 13 Mat Rempit Dibawa Ke Surau Lepas Ditahan, Dengar Tazkirah & Solat Subuh Berjemaah
Artikel berkaitan: Tular Video Geng Rempit ‘Berjemaah’ Guna 2 Lorong Lawan Arus, Ini Puncanya…
“Lebih baik aku bakar motosikal ini daripada kamu mati di jalan raya!” ujar bapa itu sambil menunjukkan motosikal yang sedang terbakar.
“Maafkan saya jika tindakan saya tak betul”
Melihat video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen, dia tampil menjelaskan tindakan yang dilakukan itu.
Dalam satu lagi video yang dikongsikan, dia mengakui tindakan tersebut kelihatan kasar namun menegaskan itulah caranya untuk mendidik anak.
Jelasnya, dia lebih rela melihat anaknya kehilangan motosikal daripada menerima dua berita buruk yang paling ditakuti sebagai seorang ayah iaitu anaknya ditahan polis kerana kesalahan merempit atau lebih teruk, polis memaklumkan tentang kematian anaknya.
@kajolmarey01 maaf kan saya semua ….tapi #fyp #bakarmotor #ex5malaysia #ex5 #rxzmalaysia #tiktokviral #vidioviral #midiaviral #tikto #merempit #fy
Dia juga menceritakan pernah melalui zaman rempit ketika usia muda dan memahami naluri anak-anak muda.
Bagaimanapun, baginya ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mengawal aktiviti anak-anak.
“Kena buat sesuatu benda yang diluar jangkaan tapi yang kuat (nasihat) bagi saya ialah doa seorang ibu dan ayah untuk kebaikan anak. Jangan doa yang bukan-bukan, benda tu akan jadi,” ujarnya.
@kajolmarey01 semoga bermanfaat sayangi anak2 kita #midiaviral #vidioviral #tiktokviral #ex5malaysia #fyp #budakmotor
Dalam pada itu, dia juga mengingatkan golongan muda supaya sentiasa menghargai pengorbanan ibu bapa yang bekerja keras untuk menyara kehidupan mereka.
Sumber: TikTok