in

“Saya dah cuba yang terbaik” – Tewas Di Terbuka Jepun, Ini Penjelasan Lee Zii Jia

lee zii jia tewas terbuka jepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia yang baru-baru ini memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 dilaporkan telah tersingkir daripada saingan Terbuka Jepun apabila tewas kepada wakil Perancis, Alex Lanier pada pusingan pertama.

Permainan itu menyaksikan pemain yang berusia 26 tahun itu tewas dalam straight set dengan mata 18-21, 13-12 di Arena Yokohama.


Zii Jia

Artikel berkaitan: Lee Zii Jia Tampil Dalam Pertunjukkan Fesyen, Siap Tayang Pingat Olimpik

Artikel berkaitan: “Bronze medalist punya” – Anak Hairul Azreen Terima Hadiah Raket Yang Lee Zii Jia Guna Semasa Olimpik

“Saya masih rasa lemah” – Lee Zii Jia

Susulan kekalahan itu, Lee Zii Jia menerusi hantaran di IG Story memperjelaskan situasinya yang kini masih lemah selepas pulang dari Olimpik.

Namun kerana tidak mahu ‘skip’ sebarang kejohanan, dia gagahkan diri untuk terlibat dalam perlawanan tersebut dan memberikan yang terbaik semasa permainan.

lee zii jia

Hi semua. Beberapa hari ini saya berasa agak lemah dari segi fizikal sejak pulang dari Olimpik, namun tidak menyertai sebuah kejohanan bukanlah rancangan saya selagi ia tidak memudaratkan. 

“Saya telah cuba yang terbaik dan terlibat dalam perlawanan ini namun keadaan tubuh saya tidak membenarkan saya untuk beraksi dengan lebih baik. 

“Saya kini hanya mahu memulihkan diri dan mendapatkan rehat yang baik untuk kejohanan yang seterusnya,” tulis Zii Jia.

Apa-apapun admin rasa Lee Zii Jia wajar dapatkan rehat yang sebaiknya sebelum mula join kejohanan akan datang. Have a good rest! 

Sumber: Kosmo, Instagram

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.