Kalau kita search kat google tips-tips menjaga suami, beribu-ribu tips yang keluar. Ada yang ditulis sendiri oleh pakar, dan ada juga yang ditulis oleh orang biasa kat blog masing-masing. Kalau kita baca betul-betul, ada jugak tips yang kadang-kadang tu tak masuk akal, tapi belum cuba belum tahu kan?
Tapi kali ni admin nak share tips yang dikongsikan sendiri oleh isteri Perdana Menteri kita, Rosmah Mansor, di mana dia telah bagi tips tu ketika sambutan hari Wanita Pertubuhan Gerak Sakti 1Malaysia yang dihadiri oleh 3 ribu wanita India. Wahhh, powernye!!!
“Dalam kes saya, saya buat suami saya gembira, dan dia seorang lelaki yang bahagia”
“Sebab itu lah dia boleh laksanakan tanggungjawab dia dengan baik kepada anda semua dan kepada Malaysia”
Menurut FMT, Rosmah Mansor menggesa wanita di luar sana untuk sentiasa lakukan perkara-perkara yang boleh buatkan suami masing-masing happy. Katanya, itu adalah salah satu kunci kebahagiaan dalam perkahwinan. Ohh.. Macam tuuu…
Katanya lagi, disebabkan Perdana Menteri kita bahagia dengan isteri tercintanya, dia boleh laksanakan tanggungjawabnya kat kita semua dan kepada Malaysia dengan begitu baik sekali. Bukan tu je, Rosmah jugak ada kata dia terima segala kritikan dan tuduhan yang dilemparkan padanya dengan hati yang terbuka sebab tu semua adalah part of politik.
“Dalam politik, kita hanya perlu teruskan apa yang kita buat dan tersenyum, sebab itu lah ubat terbaik untuk mereka di luar sana. Bila kita senyum, mereka akan marah, dan jika kita marah, mereka seronok,” katanya.
Dalam pada itu, Rosmah turut memuji inisiatif Pertubuhan Sakti 1Malaysia dalam tingkatkan kehidupan masyarakat India dengan merekrut 6 ribu remaja untuk terlibat dalam latihan intensif dan untuk beri peluang pekerjaan. Dalam majlis itu, Rosmah beritahu bahawa wanita etnik India juga akan terima faedah, dan faedahya daripada pelbagai inisiatif kerajaan, terutamanya menerusi Unit Sosio-ekonomi Unit Masyarakat India (Sedic).
Haaa jangan main-main tau. Tu tips yang dikeluarkan sendiri oleh isteri PM kita. So siapa-siapa yang berani tu boleh lah try ehh!
Baca: Datin Seri Rosmah Mansor Terima Anugerah Tokoh Wanita, Mahu Rakyat Contohinya