Inisiatif Global Sumud Flotilla 2025 yang disertai ramai aktivis dari pelbagai negara termasuklah dari Malaysia sendiri telah menggemparkan dunia apabila usaha mereka untuk menghantar bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada penduduk di Gaza, Palestin telah dipintas oleh tentera Israel.
Terkini, Farah Lee iaitu aktivitis kemanusiaan dan personaliti media sosial Malaysia telah berkongsikan menerusi TikTok persediaan dirinya jika kapal yang dinaikinya dipintas oleh Israel.
Difahamkan, video tersebut dipercayai telah dimuat naik oleh admin akaun TikToknya.
@farahlee.fl Farah sempat berkongsi video persediaan menghadapi serangan Israel, dengan poket penuh kelengkapan. Semoga dia baik-baik saja dan terus kuat! #GlobalSumudFlotilla #sumudnusantara #farahlee #childrity
Artikel Berkaitan: Selain Wakil Malaysia, Ini 7 Figura Terkenal Yang Sertai Global Sumud Flotilla 2025
Artikel Berkaitan: Selepas Flotila Ditahan Di Perairan Antarabangsa, Ini Apa Yang Berlaku Pada Peserta Global Sumud Flotilla 2025
Dalam video yang berdurasi lebih dua minit itu, antara persediaan yang dibuat oleh Farah ialah dia memakai wristband atau pita pergelangan tangan untuk membantu mengurangkan mabuk darat.
Aktivis tersebut turut memakai baju dan tudung yang selesa sebagai persediaan jika ditahan.
Farah Lee turut meletakkan beberapa barangan penting di dalam poket jaketnya seperti tuala wanita, tuala kecil, ubat-ubatan, pasport dan sebagainya kerana difahamkan, jika mereka ditahan, hanya barangan yang ada bersama dengan mereka sahaja yang dibenarkan untuk dibawa bersama.
Farah juga mengatakan ketika itu, dia telah bersedia untuk ditahan atau kapal yang dinaikinya dipintas oleh Israel.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh peserta-peserta Global Sumud Flotilla ini.
Sama-sama kita doakan keselamatan dan kesejahteraan kesemua peserta GSF ini. Semoga kesemua mereka dapat kembali ke tanah air dengan selamat.
Sumber: TikTok @farahlee.fl