Seperti yang kita sedia maklum, menjelang bulan Ramadan ini, pastinya video-video masakan akan ‘membanjiri’ laman utama media sosial, antara 2 individu yang pasti akan ‘lalu’ di timeline kita siapa lagi kalau bukan Khairul Aming dan Che Sayang.
Memandangkan ia menjadi tumpuan hampir semua rakyat Malaysia, ia membuatkan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Rafidah Abdullah terpanggil untuk bersuara.
Artikel berkaitan : Tegur Bahaya Makan Sardin Tin, Dr Rafidah Sekali Lagi Dikecam
Artikel berkaitan : “Alasan rawatan konon” – Dr Rafidah Dakwa Penggunaan Kanabis Untuk Rawatan Tidak Kukuh
Terkenal dengan ‘ketegasan’ dalam memberi teguran tentang perihal kesihatan, Dr Rafidah menegur individu yang menonton kandungan mereka berdua agar sentiasa berhati-hati dengan kandungan gula.
Teguran itu dibuat secara berkias menerusi akaun X miliknya dengan berkongsikan semula video Khairul Aming menunjukkan resepi idea minuman untuk juadah berbuka puasa. Namun bagi Dr Rafidah, dia menjelaskan bahawa dia hanya minum air kosong untuk hilangkan rasa haus dan dapat hindari risiko kencing manis.
Saya berbuka air kosong.
Alhamdulillah hilang juga hausnya, tiada risiko kencing manis. https://t.co/EKlCgqXI87
— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) March 2, 2025
Teguran itu juga turut dibuat dalam satu video perkongsian daripada Che Sayang dengan menggesa warganet agar berhati-hati dengan kandungan gula yang tinggi dan risiko kencing manis serta obesiti.
Hati-hati.
Kandungan gula tinggi.
Risiko kencing manis dan obesiti. https://t.co/LgWpe55iBq— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) March 2, 2025
Kedua-dua video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong Dr Rafidah dan ada juga yang mengecam.
Korang rasa macam mana?
Sumber : X