Pelakon berpengalaman, Ellie Suriaty mendedahkan dirinya kini sudah mempunyai kekasih namun meletakkan jodoh dan ketentuan di tangan Tuhan.
Ellie Suriaty yang berusia 53 tahun itu mendedahkan usia kekasihnya itu jauh lebih muda daripadanya namun enggan bercerita dengan lebih terperinci mengenai kekasihnya itu.
Artikel berkaitan: “Satu kerugian” – Ellie Suriaty Ulas Isu ‘Childfree’, Akui Kos Sara Hidup Di Bandar Tinggi
Artikel berkaitan: “Cantik luar dalam” – Ellie Suriaty Kongsi Pertemuan Dengan Kekasih Bekas Suami
Pelakon filem Embun itu berkata dia seorang yang suka berfikir luar dari kotak dan tak menyangka hubungan percintaannya itu juga sesuatu yang ‘luar dari kotak’.
View this post on Instagram
“Saya tak boleh kongsi banyak sangat, biarlah antara kita je sebab kalau kita cakap lebih kita tak tahu apa yang menanti di masa hadapan,” katanya.
Dalam pada itu, Ellie juga berkongsi kekasihnya itu juga seorang daripada industri yang sama namun tidak didedahkan di bahagian apa.
Dia juga berkongsi, dia sudah menjangka kerana jarak umur yang terlalu beza dengan kekasihnya itu ada juga yang berkata buruk namun dia sudah lali dengan perkara itu.
Menurut laporan hLive, dia sangat terharu meskipun usia sudah separuh abad, namun masih ramai lelaki yang berusaha untuk mendekati dirinya.
Kita doakan yang baik-baik untuk Kak Ellie kita ok!
Sumber: Instagram