in

“Satu Malaysia jadikan budak ni bahan gelak!” – Lelaki Berang Guru Tularkan Video Murid Menangis Rindukan Ibu

Page 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang, bukan social media influencer sahaja yang suka memuat naik video ke laman sosial. Ramai individu termasuk guru gemar merakam gelagat pelajar-pelajar mereka ketika di sekolah dan memuat naik rakaman tersebut ke laman sosial.

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seorang murid sekolah rendah menangis kerana terlalu rindukan ibunya. Dalam video tersebut, seorang murid lelaki berkenaan kelihatan sangat sedih. Apabila ditanya mengapa dia bersedih, budak lelaki tersebut mengatakan bahawa dia sangat rindukan mama dan mahu berkahwin dengan ibunya itu.


K55
sumber: facebook

Ramai yang menonton video tersebut mengatakan bahawa mereka sangat terhibur melihat rakaman yang kelakar itu. Pun begitu, tidak semua berpendapat sedemikian kerana seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mufarwa Farid menyifatkan perkara tersebut sebagai mengaibkan.

Kanak-kanak itu mungkin tidak faham mengenai hal tersebut pada masa ini kerana dia masih kecil, namun hal itu adalah satu penderaan mental kepada kanak-kanak tersebut. Mufarwa juga mempertikai tindakan guru yang sanggup merakam video anak muridnya sendiri menangis sekaligus memalukan kanak-kanak berkenaan.

B1 4
sumber: facebook

Lelaki itu juga menyatakan bahawa dengan tularnya video tersebut, murid terbabit akan berdepan risiko diejek oleh kawan-kawan mahupun masyarakat sekeliling. Mufarwa mengakui bahawa keletah anak murid memang mencuit hati tetapi seorang guru tidak wajar menularkan video seperti itu yang membabitkan maruah pelajar.

Rata-rata yang membaca entri Mufarwa bersetuju dengan pendapatnya dan merasakan bahawa seorang guru terikat dengan peraturan dan etika yang perlu dipatuhi. Ramai yang kasihan dengan nasib kanak-kanak itu dan bersimpati dengan ibu bapanya yang mungkin sedang bersedih kerana video tersebut ditularkan.

K33
sumber: facebook

“Kesian kat budak tu.”

“Masa tengok video tu saya rasa sedih sangat tak rasa kelakar pun.”

“Kalau anak saya yang ditularkan tu mesti saya terasa. Agaknya macam tu juga ibu bapa kanak-kanak tu rasa sekarang.”

Kesian adik tu! Tidak semua perkara patut ditularkan walaupun kita rasa perkara tersebut kelakar dan patut dikongsi dengan orang ramai.

Baca: Budak Tadika Berusia 5 Tahun di Ampang Dipukul Cikgu Kerana Salah Tulis Angka ‘3’

Opop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.