in

“Sasarannya warga emas & orang luar” – Lagi Kes Mak Guard Hospital ‘Pau’ Duit Parkir RM50

mak guard hospital caj parkir RM50

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Lobak Merah ada melaporkan kejadian seorang TikToker mendakwa diminta wang kopi oleh pengawal keselamatan di sebuah hospital kerajaan kerana parkir di tempat salah.

Belum reda kes tersebut, muncul satu lagi kes yang serupa dilaporkan berlaku di hospital sama dan kali ini terhadap seorang warga emas.


Artikel berkaitan: “Ini rasuah” – Tak ‘Clamping’ Tapi Minta Dibayar RM10, Lelaki Persoal Tindakan Pengawal Hospital Ini

Artikel berkaitan: “Letak harga RM15” – Enggan Bayar Parkir, Individu Dakwa Kereta Dicalar ‘Ulat Parkir’ Di Bukit Bintang

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @allyszackry, anak kepada warga emas itu tampil bersemuka dengan seorang pengawal keselamatan wanita untuk mendapatkan semula wang parkir yang dibayar sebelum itu.

Menurut pemilik akaun, kejadian itu merupakan kali kedua buat ibunya yang dikenakan caj sebanyak RM50.

Screenshot 2025 05 19 150440

“Mak sudah kena semalam. Hari ini saya memang pergi cari sebab kali kedua dia minta lagi. Memang mudah buat duit, siap pulangkan balik duit sebab takut saya laporkan kepada pihak polis atas kesalahan pemerasan dan ugutan terhadap orang tua saya.

“Hati-hati, sasarannya warga emas dan orang luar. Alasannya, parkir itu adalah untuk staf dan dikenakan bayaran RM50, jika tidak, kenderaan akan dikenakan clamp. Mak saya dah terkena, berderau darah,” tulisnya.

Rata-rata netizen yang melihat video itu mengecam sikap pengawal yang sengaja mengenakan caj untuk parkir tersebut, apatah lagi perkara ini sudah terjadi berulang-kali.

Susulan itu, ramai meminta mangsa yang pernah terkena agar melaporkan insiden itu kepada pihak berkuasa dan pengurusan hospital digesa untuk segera siasat mengenai kes terbabit.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.