in

Sarawak Kini Sudah Beralih Ke Peringkat Endemik – Ketua Menteri

Sarawak Beralih Ke Endemik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sarawak hari ini mencatatkan 3,100 kes jangkitan Covid-19 sekaligus menjadi negeri dengan kes tertinggi selama tiga hari berturut-turut. Bagaimanapun, hampir semua kes yang dilaporkan itu melibatkan yang tidak bergejala atau hanya bergejala ringan sahaja.


Justeru, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata keadaan pandemik di negeri itu kini telah beralih menjadi endemik, lapor Bernama.

Katanya, program vaksinasi Covid-19 yang dijalankan di Sarawak sejak Februari lepas berjaya meningkatkan sistem ketahanan badan dan mengurangkan kesan serius disebabkan oleh virus itu.

Menurut pakar (kesihatan) keadaannya sama dengan kolera, SARS (Sistem Pernafasan Akut Teruk) dan swine flu yang apabila (virus Covid) dapat dilawan, akan membawa ke peringkat disebut endemik, di mana kita hidup dengan virus tetapi kita ada sistem pertahanan dalam tubuh (untuk melindungi) kita.”

Vaksin Di Sarawak

Beliau turut berkata jika tidak disebabkan vaksinasi, mungkin keadaan berbeza kerana bagi mereka yang sudah menerima suntikan vaksin, individu tersebut akan mempunyai sistem daya tahan diri untuk melawan virus Covid-19.

Sarawak dilaporkan telah mencapai 88.9 peratus liputan dos lengkap vaksin Covid-19 bagi golongan dewasa yang layak atau 65.1 peratus daripada keseluruhan populasi negeri terbabit. Menurutnya lagi, peratusan tersebut akan terus bertambah memandangkan program vaksinasi kini masih berjalan.

Baca: “Berita yang baik akan diumumkan “- KKM Sedang Bincang Pembukaan Gym & Sukan ‘Outdoor’

Ft Kj Respon Faizal Azumu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.