in

Sarapan Teh Ais Dengan Cakoi Boleh Jejaskan Kesihatan – Pegawai Kesihatan

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang ramai diminta mengelak mengambil cakoi atau Pa Thong Ko dengan teh ais Thai ketika sarapan kerana kombinasi makanan itu membekalkan banyak tenaga, sekaligus menjejaskan kesihatan.


Nasihat ini diberikan oleh Jabatan Kesihatan Thailand, selepas makanan kegemaran tempatan itu mencapai kedudukan 10 teratas di TasteAtlas. TasteAtals adalah sebuah medium yang memaparkan ulasan serta cadangan dari profesional tentang masakan dari seluruh dunia.

9 Easy Homemade Cakoi Recipe

Memetik laporan sumber, Pa Thong Ko, kudapan rangup yang digoreng adalah hidangan sarapan biasa di Thailand dan kebiasaannya dimakan bersama susu pekat manis dan kopi. Berdasarkan data Biro Pemakanan, 100 gram (6) Pa Thong Ko menghasilkan 441kcal dan mengandungi 40.56 karbihidrat serta 27.79g lemak.

“Untuk sarapan pagi yang sihat, dinasihatkan untuk mengelakkan makanan segera yang memberikan terlalu banyak tenaga atau perlu digoreng berulang kali seperti Pa Thong Ko dengan susu pekat manis dan teh ais Thai,” jelas Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Dr Suwanchai Wattanayingcharoenchai.

“Pa Thong Ko ialah makanan ringan mengandungi karbohidrat dan lemak tepu, serta membekalkan tenaga yang tinggi. Ia sesuai untuk mereka yang ingin menambah tenaga. Walau bagaimanapun, makanan itu juga mengandungi paras natrium yang tinggi daripada soda bikarbonat atau garam. Jadi, ia tidak sesuai untuk orang yang mempunyai tiroid yang terlalu aktif dan tekanan darah tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sambungnya lagi, Pa Thong Ko kebiasaannya digoreng dalam minyak kitar semula, yang boleh menyebabkan kanser. Oleh sebab itu, orang ramai dinasihatkan pengguna agar tidak makan lebih daripada dua doh goreng setiap hari.

R1Hhhnnkias61

Teh ais turut dikatakan boleh menyebabkan masalah kesihatan apabila ia boleh menghasilkan 430 kcal. Pada setiap hari, badan tidak boleh mengambil lebih daripada enam sudu teh gula. Jadi, pengambilan teh ais Thai secara kerap boleh menyebabkan diabetes, kanser, tekanan darah tinggi, obesiti da penyakit kardiovaskular.

Jaga pemakanan anda!

Kredit: Berita Harian

BACA: “Ada degree tapi jual teh ais” – Walaupun Bisnes Berjaya & Raih Pendapatan RM6,000 Sebulan, Masih Ada Yang Kritik

Cats 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.