Ramai mengetahui sejak 25 Julai lalu, keluarga pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah disahkan telah dijangkiti wabak COVID-19 apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.
Siti Sarah, bagaimanapun, telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) susulan tahap oksigennya yang menurun. Penyanyi terbabit juga dilaporkan telah ditidurkan dan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya.
Pun begitu, menerusi perkongsian suami Siti Sarah iaitu Shuib Sepahtu di laman sosial Instagram, tahap oksigen dalam badan penyanyi itu dilaporkan ada peningkatan meskipun beliau masih belum sedarkan diri susulan pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan pada petang Jumaat.
Jelas Shuib dalam perkongsian sama, isterinya itu juga masih memerlukan bantuan pernafasan. Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad memohon agar orang ramai terus mendoakan isteri dan anaknya yang baru sahaja dilahirkan.
Ayash Affan stabil
Dalam pada itu, Shuib turut berkongsi mengenai perkembangan bayi lelakinya yang baru dilahirkan.
Menerusi satu perkongsian lain dalam Instagram Stories, Shuib memaklumkan bayinya yang diberi nama Ayash Affan sudah membuka mata.
“Dr Faiz HUKM bagitau alhamdulillah pagi ni dia (Ayash Affan) dan bukak mata, kaki dah menendang, tangan bergerak aktif dan dalam keadaan stabil,” katanya.
Semoga Shuib kuat. Sama-sama kita doakan kesihatan Siti Sarah dan baby Ayash Affan semakin baik.
Sumber: Instagram Shuib Sepahtu
Baca: Siti Sarah Ditidurkan, & Jalani Pembedahan Keluarkan ‘Baby’ Usia 8 Bulan