Rata-rata wanita akan melakukan pelbagai cara untuk menjaga kesihatan dalaman serta luaran. Malah, kebanyakan daripada mereka sering sahaja terpengaruh dengan iklan-iklan produk berkaitan kononnya produk tersebut bakal mendapat kesan yang cepat dan terbaik.
Salah satunya adalah pencuci ‘Miss V’ yang dikhabarkan penting untuk menjaga kebersihan di bahagian alat kelamin. Malah kini lambakan jenis pencuci berkenaan semakin menjadi-jadi diiklankan terutamanya di TikTok. Hakikatnya, larutan bahan tersebut tidak diperlukan untuk mencuci bahagian kelamin.
‘Miss V’ tak sepatutnya berbau wangi
Menerusi satu perkongsian di TikTok seorang doktor bernama Amirah, ‘Miss V’ sebenarnya mempunyai baunya yang tersendiri dan tak sepatutnya berbau wangi seperti strawberry, blueberry, buah-buahan lain dan sebagainya.
Semua pencuci ‘Miss V’ adalah scam dan ‘misleading’
Selain itu, Doktor Amirah menegaskan bahawa semua jenis pencuci vagina (feminine hygiene wash) adalah salah satu scam sahaja. Bercakap pula tentang masalah keputihan, ia sebenarnya adalah perkara biasa yang dialami oleh semua wanita. Bahkan keputihan sebenarnya berfungsi sebagai pembersih serta pelincir ‘Miss V’ itu sendiri.
Doktor Amirah juga sempat memberi tips untuk menghilangkan bau kurang senang pada ‘Miss V’ iaitu dengan makan makanan sihat dan rajin mengamalkan pengambilan yogurt, nenas serta jus cranberry.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ada yang mengaku baru tahu tentang fakta ini dan teruja mendengar pendedahan yang dibuat oleh doktor berkenaan. Tak lupa juga mereka yang berkongsi pengalaman pahit semasa pernah amalkan memakai pencuci tersebut.
Mana yang baru tahu boleh dah berhenti pakai pencuci ‘Miss V’ ni. Takut nanti timbul penyakit lain pula!