in

“Sangat catchy” – Ini Sebab M Nasir Anggap Lagu Raya Moden Kurang Melodi

m nasir lagu raya moden

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan pencipta lagu tersohor negara, Datuk M Nasir berpandangan kebanyakan lagu raya moden yang kita dengar pada hari ini bersifat catchy dan kurang melodi.

Menurut M Nasir atau nama penuhnya, Mohamad Nasir Mohamed, 68, lagu raya perlu ada elemen kesyahduan dan pada masa yang sama menerapkan unsur kegembiraan bagi meraikan hari kemenangan.


“Lagu-lagu raya baharu kini bagi saya kurang melodi, tetapi sangat catchy, mungkin sedikit bahagian daripada lagu atau seni katanya yang catchy.

“Tetapi kalau kita nyanyikan lagu-lagu raya yang bermelodi, orang kata kita lama. Bagi saya, lagu raya kena ada elemen kesyahduan. Dari segi bunyi kita susah nak cakap, tetapi dari segi bahasa, kesyahduan itu yang saya maksudkan.

“Tetapi lagu raya ini ia bukan untuk bersedih atau syahdu sahaja. Untuk gembira pun iya. Deskriptif seni katanya itu melahirkan kesyahduan dan keheningan hari raya,” katanya.

Artikel berkaitan: “Majoriti pengacara tak mampu buat dia bercakap” – Netizen Salute Cara TikTokers Ini Interview Dato’ M Nasir

Artikel berkaitan: “Rosak lagu, ya lah sikit tapi…” – Datuk M Nasir Respon Isu Cover Lagu Tiara Daripada Raffa

Snapins.ai 483932413 18484832245040983 8633959523102134632 n 1080

Mengulas lanjut, M Nasir juga tidak menolak bahawa kelaziman lagu raya di Malaysia cenderung bersifat keagamaan.

Justeru, katanya, ia harus digubah dengan memahami maksud dan pengertian di sebalik perayaan itu sendiri.

Bukan itu sahaja, beliau turut berpandangan lagu raya akan lebih diminati ramai sekiranya ia dimasukkan dengan elemen tradisi kerana ia ‘melekat’ di hati pendengar.

“Itu sebab bila tiba hari raya, semua orang akan terasa nak balik kampung. Sebab apa? Sebab tradisi itulah. Apa sahaja yang berkaitan dengan lagu raya, ia harus ada nilai tradisi.”

Dalam pada itu, pelantun lagu Satu Hari Di Hari Raya turut berkata, lagu raya yang lebih moden mungkin sukar untuk bertahan lama sebagaimana lagu raya zaman dahulu.

“Mungkin untuk beberapa tahun, ia mampu bertahan. Tetapi saya pun tidak boleh jangka,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, M Nasir bakal menjayakan Konsert Cipta Raya yang akan berlangsung pada 13 April di Zepp Kuala Lumpur.

Difahamkan, konsert ini bakal menampilkan sekitar 20 lagu yang bersesuaian dengan tema raya.

Sumber: Utusan

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.