in

“Sampai waktu tepat saya akan kongsikan” – Dakwaan Bertunang Dengan Engku Emran, Noor Nabila Belum Bersedia Kongsi Kisah Peribadi

nabila x emran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, nama kakak kepada pengacara popular Neelofa, Noor Nabila sering menjadi sebutan netizen bukan saja di Malaysia tetapi di negara seberang juga kerana dakwaan sudah bertunang dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

nabila 1

Walau bagaimanapun, susulan isu tersebut Nabila meminta diberikan ruang privasi dan berharap permintaan berkenaan dapat diterima serta dihormati oleh semua pihak, lapor Harian Metro.


Menurutnya lagi, dia masih belum bersedia untuk menceritakan secara terperinci mengenai kisah peribadinya kepada umum.

Apabila sudah sampai waktu yang tepat saya akan kongsikan, tapi sekarang fokus utama adalah anak saya.

“Jayden adalah cinta hati saya ketika ini. Saya ingin besarkan dia dengan penuh kasih sayang dan diberikan didikan dengan sebaik mungkin,” kata Nabila.

https://www.instagram.com/p/CLvqUalM342/

Nabila juga memberitahu yang dia akan berkongsi mengenai hal tersebut apabila tiba masa yang sesuai demi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak baik.

“Buat masa sekarang, saya mohon diberikan ruang untuk mengelak sebarang kemungkinan yang tidak baik. Saya akan berkongsi dengan lebih lagi pada masa yang sesuai. Saya sangat harap permintaan ini diterima baik dan dihormati oleh semua,” katanya lagi.

Nabila dan Engku Emran dikesan mempunyai hubungan ‘istimewa’ selepas tular sebuah video yang memaparkan bekas suami kepada Erra Fazira dan aktres Indonesia, Laudya Cynthia Bella itu di kediaman Nabila mengikuti sesi ceramah di sana.

whatsapp image 2021 03 04 at 11 57 10 am

Malah terdapat juga gambar mereka berdua menjalani aktiviti berbasikal bersama-sama yang didakwa netizen menjadi titik perkenalan mereka berdua.

Apa-apapun kita doa yang baik-baik saja buat semua. 

Baca: “Tengok-tengok dorang nikah dulu” – Sering Bersama Ke Majlis Keluarga, Noor Nabila Didakwa Dah Bertunang Dengan Engku Emran?

nab meran

Sumber: Instagram
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.