Baru-baru ni kita dikejutkan dengan khabar pemergian seorang promising atlet dari Sarawak, Aryton Lim — dipercayai akibat depresi.
Kisahnya ada kami kongsikan di sini. Namun kisah Aryton ni bukan satu-satunya kematian akibat tekanan perasaan yang pernah kita baca, kerana situasi sama turut berlaku di seluruh dunia.
Mungkin ia masih lagi dianggap sebagai perkara yang memalukan dalam kalangan masyarakat kita, kerana masalah kebimbangan melampau, kemurungan atau tekanan jiwa ini — seringkali kita kaitkan dengan gila, mental dan tidak waras.
Justeru, penghidapnya lebih memilih untuk memendam sendiri masalah yang mereka hadapi — tanpa menyedari ia akhirnya akan membawa mudarat kepada diri mereka sendiri.
Seorang pengguna Twitter, @shifahusnie ada berkongsi kisah dialami adiknya sendiri yang terpaksa bergelut dengan depression.
Menurut @shifahusnie, adiknya itu disifatkan sebagai seorang yang tidak suka bergaul dan lebih gemar menyendiri di dalam bilik.
Pada mulanya, mereka sekeluarga langsung tidak mengesyaki bahawa adiknya itu didiagnosed menghidap depression — sehinggalah satu masa, adiknya itu melontarkan pertanyaan mengenai ayah sehingga membuatkan dia terdiam.
“Dia tanya, kenapa ayah tak sayang dia…”
Lama-kelamaan, sikap adiknya dikatakan mula berubah menjadi agak agresif kerana semakin kerap memberontak sehingga sanggup memukul ahli keluarga sendiri.
“Sampai satu hari tu, dia nak bunuh diri…”
Betapa bahayanya kemurungan ni jika tak dibendung dari awal, akan membawa kepada kemudaratan penghidapnya dan itulah yang berlaku kepada adiknya.
Kemuncaknya, dia terpaksa bergelut dengan adik sendiri untuk merampas pisau dari tangan sebelum bertindak menghubungi polis untuk bantuan.
Jangan malu untuk minta bantuan
Moralnya, sebagai orang terdekat — sentiasa pantau sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan korang yang mempunyai simptom penyakit ini.
Dan paling utama dan paling mudah untuk dilakukan, adalah untuk memiliki sifat empati dalam diri masing-masing.
Be nice to everyone, sebab kita tak tahu apa yang sedang mereka lalui dan sebesar mana bebanan yang sedang ditanggung — dan kalau ada kawan-kawan yang cari kita untuk luah perasaan, jadilah seorang pendengar yang setia dan tidak judgmental.
Mereka cuma nak let it all out, keluarkan selautan perasaan bercampur baur yang semakin berombak dalam dada — jadi spare some time dan dengarlah luahan mereka dengan hati yang paling dalam okay?
Baca: “Kemurungan tak patut diremehkan” – Atlet 19 Tahun Kelahiran Sarawak Ditemui Mati Akibat Depresi?